Tuesday, October 19, 2021

Biden dahului Trump, pengundian masih berjalan

Mana-mana calon perlu menang sekurang-kurangnya 270 undi electoral untuk menguasai Rumah Putih.

Other News

Calon Demokrat Joe Biden pada Selasa malam mendahului pilihan raya Amerika Syarikat (AS) mengatasi Presiden Donald Trump dalam persaingan tahun ini untuk menguasai Rumah Putih, pengundian masih berlangsung di banyak negeri, lapor Agensi Anadolu.

Bekas naib presiden itu menambah 85 undi electoral berbanding 55 untuk Trump. Mana-mana calon perlu menang sekurang-kurangnya 270 undi electoral untuk menguasai Rumah Putih.

Biden menang di Connecticut, Delaware, Illinois, Maryland, Massachusetts, New Jersey, Rhode Island, Vermont dan Virginia, di negeri yang menyokong Demokrat, manakala Trump mendahului di negeri yang mendapat sokongan konservatif iaitu Alabama, Kentucky, Mississippi, Oklahoma, Carolina Selatan, Tennessee dan West Virginia, menurut Associated Press.

Bekas naib presiden itu menambah 85 undi electoral berbanding 55 untuk Trump. Mana-mana calon perlu menang sekurang-kurangnya 270 undi electoral untuk menguasai Rumah Putih.

Pusat pengundian ditutup di lebih 20 negeri dan Washington pada 8 malam Waktu Timur (0100 GMT), termasuk negeri-negeri di Michigan, Pennsylvania dan Texas.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles