Thursday, October 21, 2021

1,032 kes baru Covid-19, 820 pulih, 8 lagi kematian

Sebanyak 10,339 kes aktif direkodkan dan sedang menerima rawatan.

Other News

Sebanyak 820 pesakit dilaporkan sembuh sepenuhnya hari ini menjadikan angka keseluruhan mereka yang pulih berjumlah 24,815 kes atau 70%.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 1,032 kes baru jangkitan Covid-19, termasuk tiga kes import menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 35,425.

Kata Noor Hisham Sabah mencatatkan sebanyak 646 kes baru atau 62.6% daripada kes keseluruhan, manakala Selangor merekodkan 231 kes.

“Terdapat 8 kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah mangsa yang maut seramai 271 orang,” katanya dalam sidang media hariannya hari ini.

Katanya, sebanyak 10,339 kes aktif kini sedang menerima rawatan di hospital, 82 pesakit di tempat di Unit Rawatan Rapi termasuk 27 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles