Thursday, March 4, 2021

ERC gesa wujudkan undang-undang tangguh pilihan raya ketika krisis

Satu peruntukan khusus boleh dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pilihan Raya 1958 beri kuasa kepada SPR.

Other News

Five Eyes urged to strengthen ties with Greenland to secure vital rare earths

China controls about 90% of the supply of the world’s rare earths, which are essential for many modern systems.

Permulaan baik untuk Sabah, tetapi masih banyak perlu dilaksana

Kerajaan negeri masih perlu meneruskan bantuan kewangan dengan sewajarnya bagi sektor perniagaan yang terjejas.

Apex court rules political parties cannot sue individuals for defamation

Federal Court sets aside earlier decisions by High Court and Court of Appeal in a defamation suit filed against Kepong MP Lim Lip Eng by MCA.

Putrajaya ikrar tidak kompromi selepas penyelesaian RM19 bilion berkait skandal 1MDB

Putrajaya hari ini mengulangi ikrar tidak akan berkompromi dengan pesalah-pesalah yang terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun sudah menerima penyelesaian sebanyak lebih...

Govt vows no let-up in bringing 1MDB culprits to justice after RM19 billion settlements

Finance minister says Malaysia's claims on individuals such as Jho Low will not be affected or compromised.

Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC) mahu semakan menyeluruh terhadap undang-undang sedia ada untuk menangguhkan pilihan raya ketika negara dilanda sebarang krisis.

Pengerusi ERC Abdul Rashid Abdul Rahman memaklumkan satu peruntukan khusus boleh dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pilihan Raya 1958 bagi memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengambil tindakan perlu apabila berlaku apa jua keadaan krisis yang memudaratkan negara.

“ERC berpandangan sudah tiba masa untuk satu semakan menyeluruh dibuat berhubung undang-undang sedia ada bagi membolehkan pilihan raya, sama ada pilihan raya kecil ataupun pilihan raya umum ditangguhkan semasa krisis termasuklah ketika krisis kesihatan, huru-hara dan bencana alam atau ketika keadaan yang membahayakan keselamatan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan ini dikeluarkan selepas kerajaan bersedia mengkaji cadangan mewujudkan akta tertentu membabitkan proses pilihan raya untuk mengekang penularan Covid-19 ketika sesi soalan tambahan di Dewan Rakyat semalam oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Redzuan Md Yusof.

Minggu lalu  Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, proses Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak boleh ditangguh jika darurat diisyitiharkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan ketika kebimbangan terhadap peningkatan kes Covid-19 selepas PRN Sabah baru-baru ini.

Dalam satu perutusan khas Muhyiddin berkata, PRK Batu Sapi perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas terdapat kekosongan bagi sesuatu kerusi Parlimen menurut Fasal 1 Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan.

Rashid berkata, ERC juga berpandangan beberapa peruntukan baru harus diperkenalkan dengan tujuan mengatasi keadaan yang boleh mengganggu-gugat suasana pilihan raya demokratik sekaligus menghakis kebebasan, keadilan dan ketelusan.

“Ciri-ciri asas pilihan raya demokratik tidak boleh diabai dan kaedah-kaedah yang sempurna mengikut undang-undang yang ada tidak harus diketepikan semata-mata untuk menyelesaikan sesuatu pilihan raya.

“Di dalam pilihan raya demokratik setiap calon dan juga setiap parti wajar diberikan peluang seluas-luasnya untuk berkempen dan pengundi tidak harus dibatasi dengan peraturan-peraturan yang boleh dianggap menyekat mereka untuk menunaikan tanggungjawab secara adil dan bebas.”

Minggu lalu  Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, proses Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak boleh ditangguh jika darurat diisyitiharkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan ketika kebimbangan terhadap peningkatan kes Covid-19 selepas PRN Sabah baru-baru ini.

Katanya, kerangka perundangan semasa hanya memberi SPR kuasa untuk menguruskan pilihan raya di mana badan bebas itu wajib mengadakan pilihan raya apabila wujud kekosongan kerusi akan tetapi tiada peruntukan bagi menangguhkan pilihan raya.

Mengikut Fasal 1 Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan, SPR wajib mengadakan pilihan raya untuk mengisi kekosongan yang wujud dalam masa 60 hari.

“Oleh itu, sudah tiba masa peruntukan baru iaitu memasukkan Artikel atau Sub artikel baru dalam Perlembagaan Persekutuan atau seksyen baru dalam Akta Pilihan Raya 1954 disediakan bagi memperkasakan SPR yang diberi amanah untuk mengendalikan dan menguruskan pilihan raya di negara ini.”

Dalam laporan ERC yang dikemukakan kepada Muhyiddin pada 27 Ogos 2020, sebagai salah satu penambahbaikan elemen kesiapsiagaan dalam menghadapi situasi luar jangka, dicadangkan agar SPR membangunkan garis panduan khusus berkaitan dengan pengurusan pilihan raya ketika kecemasan.

Ini meliputi keadaan dan kecemasan seperti mala petaka alam, rusuhan ataupun perintah berkurung seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) (susulan wabak penyakit yang sukar diatasi dalam waktu yang singkat).

“Susulan laporan yang diserahkan itu, ERC bersedia untuk membantu kerajaan dan semua pihak berkepentingan dalam mewujudkan peruntukan baru berkaitan dengan keperluan menangguhkan pilihan raya semasa krisis, sekali gus menjadikan sistem pengurusan pilihan raya di negara ini adalah yang lebih efektif dan adil.”

Katanya ERC menyambut baik sekiranya ada usaha untuk memperkasakan undang-undang lain seperti Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) semasa krisis kesihatan, sebagaimana dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah minggu lalu.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Kes Covid-19 kembali naik di seluruh dunia

WHO mendapati Timur Tengah adalah rantau yang paling tinggi peningkatan kes.

PM gesa penjawat awam segerakan bantuan rakyat

Proses permohonan penyampaian bantuan akan disegerakan bagi membantu rakyat mengatasi masalah kewangan akibat penularan Covid-19.

Darurat Covid-19 diperlukan, kata PM

'Saya pun tak tahu parti mana sekarang yang mempunyai jumlah kerusi yang lebih besar daripada saya', kata Muhyiddin.

Bukan sekadar hak harta intelek, pakar ajar cara jadikan vaksin lebih murah

Serum Institute of India menawarkan cara mudah bagi menangani masalah eksklusif vaksin ketika darurat kesihatan.

Kes baru Covid-19 jatuh bawah 2,000

12 lagi kematian dicatatkan.