Thursday, June 24, 2021

1,054 kes baru Covid-19, 12 kematian dilaporkan

Angka keseluruhan Covid-19 kini berjumlah 34,393 kes

Other News

Sebanyak 875 pesakit dilaporkan sembuh sepenuhnya hari ini menjadikan angka keseluruhan mereka yang pulih berjumlah 23,995 kes atau 69.8%.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 1,054 kes baru jangkitan Covid-19, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 34,393.

Kata Noor Hisham Sabah mencatatkan sebanyak 678 kes baru atau 64.3% daripada kes keseluruhan hari ini.

“Terdapat 12 kematian dilaporkan menjadikan jumlah mangsa yang maut seramai 263 orang,” katanya dalam sidang media hariannya.

Katanya, sebanyak 10,135 kes aktif kini sedang menerima rawatan di hospital, 94 pesakit di tempat di Unit Rawatan Rapi termasuk 32 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles