- Iklan -
Berita

12 ahli Parlimen dilantik jawatankuasa PAC

Pengerusi PAC Wong Kah Woh (DAP-Ipoh Timor) dan Naib Pengerusi Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) telah dipilih oleh Dewan Rakyat pada 27 Ogos lepas.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.
Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.

Seramai 12 ahli Parlimen hari ini dilantik sebagai Ahli  Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu.

Mereka ialah ahli Parlimen daripada Bersatu iaitu Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Yamani Hafez Musa (Sipitang); ahli Parlimen Umno Ahmad Maslan (Pontian); Noh Omar (Tanjung Karang) dan Jalaluddin Alias (Jelebu).

Turut dilantik Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti); Ahmad Fadhli Shaari (Pasir Mas) dan Ahmad Tarmizi Sulaiman (Sik) daripada PAS serta Nurul Izzah Anwar (PKR-Permatang Pauh).

Mohd Hatta Md Ramli (Amanah-Lumut); Wong Shu Qi (DAP-Kluang) dan Ahmad Hassan (Warisan-Papar).

Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dalam satu kenyataan berkata beliau telah mengemukakan Penyata Khas Jawatankuasa Pemilih Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat ke dalam Majlis Dewan hari ini dengan ketetapan melantik ahli jawatankuasa PAC yang baru berdasarkan Peraturan Mesyuarat 76(2).

Pengerusi PAC Wong Kah Woh (DAP-Ipoh Timor) dan Naib Pengerusi Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) telah dipilih oleh Dewan Rakyat pada 27 Ogos lepas.