Wednesday, November 25, 2020

Sidang Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan pada 1 tengah hari

Takiyuddin kemudiannya mendedahkan terdapat beberapa kakitangan Dewan Negara disahkan positif Covid-19.

Other News

Mosques, suraus in Sabah open for prayers

This is subject to limits on the number of worshippers allowed and compliance to SOPs.

AS ucap tahniah kepada Malaysia atas kejayaan selaku hos Apec

Deklarasi Kuala Lumpur dan pelancaran Visi Putrajaya 2040 itu bakal menjadi aspirasi baharu kepada komuniti Apec.

Pakistan nafi laporan iktiraf Israel

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata Perdana Menteri Imran Khan berulang kali menyatakan pendirian Islamabad dalam isu itu adalah 'jelas'.

Urusharta Jamaah catat kerugian bersih RM9.95 bilion selepas ambil alih aset TH

Pendapatan RM234 juta tidak mampu menampung kerugian operasi.

Pembelajaran di universiti awam tidak tertangguh, kata menteri

44,188 pelajar Universiti Awam masih berada di kampus masing-masing bagi meneruskan pembelajaran.

Persidangan hari pertama Dewan Rakyat hari ini hanya berlangsung separuh hari apabila ditangguh pada 1 tengah hari sebagai langkah berjaga-jaga berikutan penularan gelombang ketiga Covid-19 di negara ini.

Usul penangguhan itu dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan menurut Peraturan Mesyuarat 12(1) selepas sesi soal jawab dan disokong oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Keputusan itu diambil selepas mesyuarat tergempar pada 10.30 pagi yang dihadiri Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dan ketua-ketua Whip parti serta wakil ketua pengarah Kesihatan yang membincangkan beberapa ketetapan norma baharu persidangan, dengan syarat ia tidak menjejaskan hak-hak ahli Parlimen.

Takiyuddin berkata mesyuarat khas tergempar itu diadakan bagi semua wakil parti ahli-ahli Parlimen membincangkan perkara yang menjadi keutamaan dalam persidangan kali ini iaitu usaha bagi menangani Covid-19 di negara ini dan memberikan fokus kepada pembentangan Belanjawan 2021.

Usul yang dikemukakannya itu mendapat reaksi beberapa ahli Parlimen yang terkejut dan meminta rasional penangguhan Dewan Rakyat atas alasan semua ahli Parlimen sudah melakukan saringan Covid-19.

Menjawab hal itu, Takiyuddin kemudiannya mendedahkan terdapat beberapa kakitangan Dewan Negara disahkan positif Covid-19.

“Dijangka ada ahli Dewan Negara yang kemungkinan positif kerana pegawai itu bekerja dengan ahli Dewan Negara dan turut mempunyai kaitan keluarga.

“Kami dinasihatkan pihak KKM (Kementerian Kesihatan) bahawa risikonya amat tinggi dalam kedudukan kita yang tertutup walaupun mempunyai cermin (pemisah antara kedudukan ahli Parlimen) tetapi sejauh mana ia boleh bantu kita untuk cegah penularan. KKM kata lebih lama kita berada dalam keadaan begini, risikonya lebih tinggi.

“Ini perkembangan yang membimbangkan kita. Saya rasa ahli Parlimen perlu dapatkan penjelasan daripada Ketua Whip yang sudah bersetuju untuk kita buat sedikit pelarasan berhubung tempoh masa persidangan tiada sebelah petang,” katanya menjawab soalan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) yang bangun mencelah berhubung usul penangguhan persidangan Dewan itu.

Sim yang kecewa dan terkejut dengan keputusan itu berkata tiada keperluan untuk memendekkan masa bersidang memandangkan persiapan bagi persidangan Dewan Rakyat dilaksanakan dengan baik oleh KKM.

“Saya tidak nampak rasional untuk kurangkan masa (bersidang) kerana Covid-19 akan menyerang bila-bila masa dan tidak bercuti selepas 1 tengah hari. Kerajaan sepatutnya membawa lebih banyak dasar untuk bantu rakyat. Saya amat kecewa dengan keputusan ini,” katanya.

Usul yang dikemukakannya itu mendapat reaksi beberapa ahli Parlimen yang terkejut dan meminta rasional penangguhan Dewan Rakyat atas alasan semua ahli Parlimen sudah melakukan saringan Covid-19.

Menjawab soalan Sim adakah persidangan separuh hari itu akan berlangsung sepanjang minggu ini, Takiyuddin berkata: “Ini mungkin dilakukan untuk minggu ini sahaja, sebelum bajet (pada 6 November). Selepas bajet akan dibincangkan dengan Ketua (Whip) parti.”

Usul itu kemudiannya dipersetujui dengan suara terbanyak.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Pembelajaran di universiti awam tidak tertangguh, kata menteri

44,188 pelajar Universiti Awam masih berada di kampus masing-masing bagi meneruskan pembelajaran.

‘Kluster sakit perut’ muncul melobi selepas ‘kluster mahkamah’ tidak sepakat dalam undi belanjawan

Beberapa pertemuan diadakan dalam tempoh 48 jam bagi menyakinkan ahli Parlimen Umno untuk menjatuhkan kerajaan.

‘Court cluster’ split on budget vote as emerging ‘sakit perut cluster’ steps up lobbying

A series of meetings have been held in the last 48 hours in a bid to convince Umno MPs to topple the government.

Anthony Loke tidak puas hati penamatan kontrak syarikat DM-LTAT 

Anthony Loke dan Wee Ka Siong bertekak isu penamatan SST projek KVDT2.

PAC syor wujud sistem bersepadu pengambilan pekerja asing, banteras ‘pengantara’

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) disyor mewujudkan sistem itu bagi menangkis tuduhan rasuah dan salah guna kuasa melibatkan pekerja asing.