Saturday, November 21, 2020

Golongan miskin alami kesempitan ketara ketika Covid-19

Golongan miskin bandar memerlukan penyelesaian yang mampan, bukan sekadar bantuan tunai, kata satu laporan.

Other News

1,041 kes baru Covid-19, 1,045 pulih, 3 lagi kematian dilaporkan

Selangor catat kes tertinggi sebanyak 402 jangkitan baru.

1,041 new cases, record 1,405 recoveries

Three more deaths push toll to 332.

Kerajaan kaji bina kuarters pekerja asing, kata Annuar Musa

Pihaknya sedang berunding dengan beberapa kementerian lain dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

‘Eyes will be plucked out,’ China warns anglophone allies over Hong Kong

The Five Eyes are accusing Beijing of reneging on their agreements to maintain Hong Kong's special freedoms.

Selepas ketepikan saya, Anwar masih tak jadi PM, kata Dr Mahathir

Anwar sebelum ini mengatakan beliau mempunyai sokongan “kukuh dan meyakinkan”.

Keadaan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia menyebabkan kehidupan menjadi tidak menentu terutama melibatkan golongan miskin bandar di ibu kota.

Cabaran Covid-19, dan usaha kerajaan untuk mengekangnya, memberi tekanan kepada kadar kemiskinan terutama melibatkan golongan kurang bernasib baik seperti ibu tunggal dan keluarga yang memiliki golongan orang kurang upaya (OKU).

DM Analytics melakukan kajian mengenai status sosioekonomi dan kesejahteraan sekumpulan 500 keluarga dengan anak yang tinggal di flat kos rendah di Kuala Lumpur selama tiga minggu pada bulan September.

Hasil penemuan itu dimuatkan dalam laporan berjudul “Keluarga di Pinggiran Bahagian 2” yang dikeluarkan minggu lepas.

Laporan itu mendedahkan dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah, ketua isi rumah perempuan dan keluarga yang terjejas kerana memiliki golongan OKU kembali bernafas secara perlahan dan kekal terdedah kepada kejutan masa depan.

Hampir 70% isi rumah tidak memiliki simpanan dan tidak memiliki akaun dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau perlindungan Perkeso, secara tidak langsung menyebabkan mereka lebih terdedah jika tidak bekerja.

Muhammed Abdul Khalid, yang mengetuai DM Analytics, memberitahu MalaysiaNow pekerja OKU lebih kerap tidak bekerja sendiri dan membuat caruman kepada KWSP atau Perkeso adalah pilihan.

“Adalah sesuatu yang mengejutkan, apabila pihak kami bertanya kepada responden, kenapa mereka tidak mendaftar, mereka menjawab tidak mengetahui mengenainya,” kata Muhammed pernah menjadi penasihat ekonomi kepada bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.

“Kekurangan kesedaran menjadi penghalang dalam usaha memberikan perlindungan kepada golongan ini.”

Laporan itu merupakan bahagian kedua dalam siri projek Keluarga di Pinggiran yang ditugaskan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) dan Dana Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Laporan akan datang dijangka dapat memantau sejauh mana keluarga tersebut pulih dan memberikan pemahaman yang kritikal kepada pembuat dasar ketika Malaysia cuba “bangkit semula dengan lebih baik”.

Kekangan kewangan yang disebabkan daripada pemotongan gaji, kehilangan pekerjaan atau kehilangan pendapatan perniagaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pertengahan Mac hingga awal Jun, dilampirkan dalam bahagian pertama Keluarga di Pinggiran dalam laporan Egde, menunjukkan peningkatan pada bulan September

“Walaupun terdapat sedikit pemulihan dalam pendapatan dan pekerjaan dalam kumpulan yang dikaji, ia hanya sebahagian kecil sahaja. Bagi kebanyakan isi rumah pandangan hidup mereka kekal pesimistik,” kata Muhammed.

“Nasib kebanyakan golongan miskin bandar sekarang ini lebih teruk sekarang berbanding tempoh pra-pandemik dan tempoh yang sama tahun lepas.”

Tambahnya, kesan paling ketara dapat dilihat berlaku dalam kalangan ibu tunggal.

“Kekurangan kesedaran mengenai perkara itu menjadi penghalang dalam usaha memberikan perlindungan kepada golongan ini.”

Laporan itu turut mendedahkan bantuan daripada pihak kerajaan masih diperlukan dan ia perlu diperluaskan kerana hanya 2% sahaja yang memohon geran khas Prihatin.

Apa yang sangat diperlukan golongan miskin adalah wang tunai dan makanan, tetapi disebabkan ketidakmampuan mereka untuk mencari pekerjaan atau cara lain untuk menghasilkan pendapatan semasa tempoh pandemik, mereka turut mengalu-alukan peluang pekerjaan.

Sebilangan pembuat dasar merasakan lebih banyak bantuan kewangan kepada golongan miskin hanya meningkatkan kebergantungan mereka kepada pemberian kerajaan dan mewujudkan peluang kerja lebih membantu.

Izlin Ismail, profesor madya di fakulti perniagaan dan perakaunan Universiti Malaya, percaya dari sudut ekonomi, lebih baik memberikan bantuan kepada orang miskin daripada memberi pengurangan cukai kepada orang kaya.

“Orang miskin akan berbelanja sebahagian besarnya dan ia akan membantu merancakkan aktiviti ekonomi,” katanya kepada MalaysiaNow.

“Orang kaya pula berkemungkinan tidak akan melakukan perkara sama.”

Ketua polisi sosial Unicef ​​Malaysia Stephen Barrett berkata, “Maklumat yang dikumpulkan dalam laporan itu akan menyokong usaha mitigasi kebangsaan Covid-19 dan membolehkan kajian lebih mendalam mengenai dasar perlindungan sosial. Ia menjadi kritikal sekiranya kerajaan mengambil serius dalam usaha untuk mencapai agenda nasional “tiada sesiapapun ditinggalkan”.

Bagaimanapun, Barrett menegaskan, kajian itu tidak mengambil kira keadaan terkini sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya awal bulan lepas.

Menjelang pembentangan Belanjawan 2021 dan Rancangan Malaysia ke-12 memberi peluang yang kritikal kepada pembuat dasar untuk melaksanakan dasar sosial yang lebih berkesan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Bagaimapun, seperti yang dinyatakan oleh laporan itu, “Ia juga akan membantu untuk mencapai sasaran kurang tinggi tetapi tidak kurang pentingnya yang dimiliki oleh semua ibu bapa, iaitu untuk memberi anak mereka permulaan yang baik dalam kehidupan.”

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

1,041 kes baru Covid-19, 1,045 pulih, 3 lagi kematian dilaporkan

Selangor catat kes tertinggi sebanyak 402 jangkitan baru.

Kerajaan sedia audit MySejahtera selepas dakwaan data diceroboh

Syarikat audit bebas bakal dipanggil bagi melakukan semakan.

958 kes baru Covid-19, 956 pulih, 3 lagi kematian dilaporkan

Sebanyak 13,221 kes aktif direkodkan.

1,290 kes baru Covid-19, 878 pulih, 4 lagi kematian dilaporkan

Angka keseluruhan Covid-19 kini berjumlah 51,680 kes.

Putrajaya dalam rundingan dengan semua parti pastikan Belanjawan 2021 diluluskan

Wujud rundingan dengan Warisan dan Pejuang, dua parti pembangkang di luar PH.