- Iklan -
Berita

Lokman Adam ditahan polis

Beliau ditahan kerana disyaki mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan ketika bersiaran langsung di laman Facebooknya.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas ahli majlis tertinggi Umno Lokman Noor Adam. Gambar: Facebook
Bekas ahli majlis tertinggi Umno Lokman Noor Adam. Gambar: Facebook

Polis hari ini mengesahkan telah menahan bekas ahli majlis tertinggi Umno Lokman Noor Adam semalam, kerana disyaki mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan ketika bersiaran langsung di laman Facebooknya.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi, mengesahkan penahanan itu.

Difahamkan, Lokman direman sehari bagi membantu siasatan selepas ditahan sepasukan polis di sebuah restoran berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, kira-kira pukul 11 malam semalam.

Semalam, Lokman menerusi laman Facebooknya memaklumkan ditahan polis ketika siaran langsung bertajuk ‘Setiap MP bakal disogok RM3 juta peruntukan jika Bajet 2021 diluluskan? Biar Betul?’.

Lokman turut berkongsi yang beliau ditahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan ugutan jenayah yang jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.