Saturday, February 27, 2021

Covid-19, penangguhan pilihan raya antara ‘menu’ hari pertama Dewan Rakyat

Majoriti soalan dalam turutan awal pada sesi pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan adalah berkenaan Covid-19.

Other News

AmBank to pay RM2.83 billion settlement over 1MDB scandal

This is in addition to the RM53.7 million penalty imposed by Bank Negara Malaysia and paid by AmBank Group.

AmBank bayar Putrajaya RM2.83 bilion disebabkan penglibatan dalam skandal 1MDB

Pembayaran ini akan menguntungkan rakyat Malaysia kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz.

Palm oil churns trouble in Canadian ‘hard butter’ puzzle

The pandemic has increased demand for butter, so farmers are feeding extra palm oil derivatives to their cows to produce more milk fat.

Kes Covid-19 kembali melebihi 2,000, 11 kematian baru

11 lagi kematian dicatatkan menjadikan jumlah 1,111 kes.

Daily cases back over 2,000, death toll up by 11

2,253 new cases, 3,085 recoveries.

Persidangan hari pertama Dewan Rakyat bagi sesi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 hari ini akan menjawab banyak persoalan mengenai Covid-19 dan usaha kerajaan dalam menanganinya, termasuk dalam hal berkenaan pilihan raya.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, hampir majoriti soalan dalam turutan awal pada sesi pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan adalah berkenaan Covid-19.

Kesemua mereka juga diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19 yang dibuat di bangunan Parlimen kira-kira seminggu sebelum sidang bermula.

Dalam isu pilihan raya, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijadual menjawab soalan Mahdzir Khalid (Umno-Padang Terap) mengenai sama ada kerajaan bercadang meminda Perlembagaan atau mewujudkan rang undang-undang khusus bagi membolehkan pilihan raya ditangguhkan dalam tempoh pandemik.

Selain itu, Muhyiddin turut dijadual menjawab soalan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Bersatu-Sabak Bernam) yang ingin tahu sejauh mana impak ekonomi Covid-19 terhadap individu, isi rumah dan syarikat perniagaan, selain dasar dan langkah kerajaan dalam memacu ekonomi ke arah berdaya tahan.

Isu Covid-19 terus mendapat perhatian hari pertama dengan soalan daripada Rohani Abdul Karim (GPS-Batang Lupar) yang mahu kepastian sama ada program atau kursus pembangunan keluarga dan masyarakat dapat dijalankan secara berterusan dalam keadaan wabak berkenaan.

Ia turut disentuh ahli Parlimen yang mahu tahu impaknya terhadap belia dan penjaja kecil.

Sidang Dewan Rakyat hari ini juga akan menyaksikan bacaan kali pertama untuk Rang Undang-undang (RUU) Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2020 dan RUU Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2020 akan dibentang.

Sementara itu, RUU Koperasi (Pindaan) 2020, RUU Racun (Pindaan) 2019 dan RUU Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 akan dibentang untuk bacaan kali kedua.

Parlimen yang kembali bersidang hari ini turut melihat semua ahli Parlimen dan petugas Parlimen dikehendaki mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah Covid-19 termasuk memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal di dalam dewan.

Kesemua mereka juga diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19 yang dibuat di bangunan Parlimen kira-kira seminggu sebelum sidang bermula.

Sesi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 27 hari dengan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dijadual membentangkan Belanjawan 2021 pada Jumaat ini.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

00:15:16

Talk, Now with Art Harun

Dewan Rakyat Speaker Azhar Harun talks to Dangsuria Zainurdin about his childhood and music, the joy of kampung life, the sorrows of high posts, and the personal toll that comes with it – in this pilot episode of Talk, Now.

Speaker Art Harun shocked by friends who ‘unfriended’ him

The former lawyer opens up about himself, including how his appointment as Dewan Rakyat speaker has taken a personal toll.

Agong boleh benarkan sidang Parlimen semasa darurat, kata Istana Negara

Tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen untuk bersidang adalah tidak tepat

Ahli Parlimen PH dalam jawatankuasa khas darurat tetap mahukan sidang Parlimen

Mereka berkata sidang Dewan Rakyat sangat penting untuk memastikan segala agenda dan langkah-langkah untuk membendung Covid-19 dapat dibahaskan.

PH trio in emergency committee insist on Dewan Rakyat sitting

They say this will help ensure checks and balance and allow MPs to debate the measures taken to contain Covid-19.