Monday, November 23, 2020

Bicara kes rasuah Rosmah ditangguh kerana PKPB

Ia ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya dilanjutkan dari 27 Oktober sehingga 9 November.

Other News

Taiwan in a stew over American pork

Protesters say the decision to allow imports of US pork raised on ractopamine threatens Taiwan's food safety.

Hong Kong-Singapore travel bubble popped by virus spike

Hong Kong says the scheme will have to be delayed for two weeks following a sudden rise in coronavirus infections.

South Korea gets aggressive with third wave ‘in full swing’

'We’re at a critical juncture of facing a large number of infections nationwide.'

In Australia, Victoria-NSW border open after months

NSW is now the only state in Australia with no hard border restrictions in place.

Annuar Musa suara Bersatu atau MKT Umno?

PN menang 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan mendapat sokongan 7 orang Adun PBS dan 3 Adun Bebas berbanding hanya 14 kerusi yang dimenangi oleh BN.

Perbicaraan kes rasuah Rosmah Mansor di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang sepatutnya bersambung selama empat hari sepanjang minggu ini, ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya dilanjutkan dari 27 Oktober sehingga 9 November.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Ahmad Akram Gharib berkata, mahkamah menetapkan 16 November ini untuk menyambung perbicaraan yang sebelum ini ditetapkan pada hari ini hingga Khamis.

“(Penangguhan) tarikh sambung bicara ke 16 November dimaklumkan oleh timbalan pendaftar pada 28 Oktober lalu kepada TPR Poh Yih Tiin,” katanya menerusi Whatsapp kepada Bernama.

Bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid yang merupakan saksi pendakwaan kelima, dijadual dipanggil semula bagi pemeriksaan balas oleh pihak pembelaan, apabila perbicaraan bersambung semula di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.

Pada tarikh sama, mahkamah akan mendengar permohonan pendakwaan untuk memasukkan rakaman audio yang didakwa mengandungi perbualan di antara Rosmah dan suaminya, bekas perdana menteri Najib Razak, sebagai bahan bukti di mahkamah.

Pendakwaan telah selesai memanggil 23 saksi memberi keterangan dan dijangka menutup kes mereka dalam masa terdekat.

Rosmah, 69, dibicarakan atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM6.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin.

Rasuah terbabit didakwa diterima menerusi bekas pegawai khasnya Rizal Mansor sebagai upah membantu Jepak Holdings memperoleh Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid, serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak, bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan September 2017.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

1,096 kes baru Covid-19, 1,104 pulih, 3 lagi kematian dilaporkan

Selangor kekal negeri tertinggi kes Covid-19 iaitu sebanyak 603 jangkitan baru.

Bagaimana Covid-19 sebabkan pendapatan golongan agama terjejas

Pusat ibadah ditutup dan banyak majlis keramaian dihadkan untuk membendung penularan jangkitan Covid-19.

1,041 kes baru Covid-19, 1,045 pulih, 3 lagi kematian dilaporkan

Selangor catat kes tertinggi sebanyak 402 jangkitan baru.

958 kes baru Covid-19, 956 pulih, 3 lagi kematian dilaporkan

Sebanyak 13,221 kes aktif direkodkan.

PKPB ditamatkan di Johor, Terengganu, Melaka dan Kedah

PKPB diteruskan di beberapa daerah yang masih tinggi jangkitan Covid-19.