- Iklan -
Berita

834 kes baru Covid-19, 900 dilaporkan pulih

Sebanyak 9,168 kes aktif direkodkan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang wanita warga emas mengenakan pelitup muka ketika melalui Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini.
Seorang wanita warga emas mengenakan pelitup muka ketika melalui Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini.

Sebanyak 900 pesakit dilaporkan sembuh sepenuhnya hari ini menjadikan angka keseluruhan mereka yang pulih berjumlah 23,120 kes atau 69.3%.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 834 kes baru jangkitan Covid-19, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 33,339.

Daripada jumlah itu sebanyak tiga kes import dilaporkan dan Sabah hari ini mencatatkan 503 kes baru atau 60.3%

Katanya, sebanyak 9,968 kes aktif kini sedang menerima rawatan di hospital, 91 pesakit di tempat di Unit Rawatan Rapi termasuk 32 memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Terdapat dua kes kematian baru direkodkan hari ini, menjadikan jumlah yang maut setakat ini adalah 251 orang,” katanya dalam sidang media hariannya hari ini.