- Iklan -
Berita

659 kes baru Covid-19, 1,000 dilaporkan pulih

Sabah catat 529 kes baru Covid-19.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang pelanggan sedang membeli barang keperluan di sebuah kedai runcit di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Seorang pelanggan sedang membeli barang keperluan di sebuah kedai runcit di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Sebanyak 1,000 pesakit dilaporkan sembuh sepenuhnya hari ini menjadikan angka keseluruhan mereka yang pulih berjumlah 21,248 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 659 kes baru jangkitan Covid-19, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 31,548.

Sabah kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 529 atau 80.3%.

Daripada jumlah kes baru itu, satu merupakan kes import manakala 658 merupakan penularan tempatan.

Noor Hisham berkata sebanyak 10,051 kes aktif kini sedang menerima rawatan di hospital, 83 pesakit di tempat di Unit Rawatan Rapi termasuk 19 memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Tiada kes kematian baru dilaporkan,” katanya dalam sidang media hariannya hari ini.