- Iklan -
Berita

Itulah kebebasan bagi mereka, kata Dr Mahathir selepas Twitter memadam tulisannya

Twitter memadamkan komen Mahathir selepas pemerintah Perancis membantah petikan tulisannya.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir Mohamad mengatakan Twitter mengamalkan sikap pilih kasih selepas ciapannya yang membangkitkan tentang keganasan terhadap Perancis dipadamkan gergasi media sosial itu.

Ciapan itu merupakan petikan tulisan di blog Mahathir yang menyelar pemerintah Perancis disebabkan keganasan selepas Presiden Emmanuel Macron mempertahankan penyiaran karikatur Nabi Muhammad.

Bekas perdana menteri itu hari ini berkata beliau “meluat dengan percubaan memetik komennya di luar konteks”.

“Pada pandangan saya, memandangkan mereka menyebarkan kebebasan bersuara, mereka sekurang-kurangnya perlu membenarkan saya memberi penjelasan dan mempertahankan pendirian saya,” kata Mahathir hari ini dan menambah pentadbir akaun Facebook dan Twitternya diberi amaran untuk memadamkan tulisannya.

Twitter memadamkan komen Mahathir selepas pemerintah Perancis membantah petikan tulisannya.

Dalam tulisannya Mahathir berkata: “Orang Islam ada hak untuk marah dan membunuh berjuta-juta rakyat Perancis atas pembunuhan masa lalu.”

Mahathir hari ini berkata, kenyataannya diambil di luar konteks dan tidak melihat perenggan selepas itu: “Tetapi kebanyakan orang Islam tidak tidak mengguna pakai ‘hukuman darah dibalas darah’. Muslim tidak berbuat demikian. Orang Perancis juga tidak harus buat demikian. Orang Perancis sebaliknya perlu belajar menghormati perasaan orang lain.”

Bekas perdana menteri itu hari ini berkata beliau “meluat dengan percubaan memetik komennya di luar konteks”.

Mengatakan terdapat percubaan untuk “membangkitkan kebencian orang Perancis terhadap umat Islam”, bekas perdana menteri itu berkata menjuarai kebebasan bersuara dan pada masa sama memadamkan tulisannya adalah tindakan pilih kasih.

“Tetapi itulah kebebasan bersuara bagi mereka. Ketika mereka mempertahankan pihak yang memilih untuk menyiarkan karikatur Nabi Muhammad dan mengharapkan umat Islam akan menerimanya atas nama kebebasan bersuara dan berekspresi. Pada masa sama mereka dengan sengaja tidak mengendahkan umat Islam tidak penah membalas dendam terhadap ketidakadilan terhadap mereka pada masa lampau,” katanya.