Monday, November 30, 2020

Sultan Selangor seru ahli politik bersatu perangi Covid-19

Ahli politik perlu bersatu dan berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik demi rakyat.

Other News

Has PH crossed the Rubicon?

Voters are upset that PH did not even try as a matter of principle, unlike Pejuang leaders like Dr Mahathir Mohamad who stood their ground.

Americans brace for Covid ‘surge upon surge’

This comes as millions of travellers return home after Thanksgiving and with more travel expected ahead of Christmas.

Of dogs and our perceptions of others

Will kindness as a behaviour which we exhibit in our relationships with other people suffice when the perception we have of them remains skewed?

Pembangkang menang Belanjawan 2021, kerajaan PN menang diiktiraf

Pembangkang kekal pembangkang, kerajaan kekal kerajaan.

Belanjawan 2021 mula dibahaskan peringkat jawatankuasa hari ini

Rang Undang-undang Perbekalan 2021 berkenaan diluluskan di peringkat dasar Khamis lepas dengan suara majoriti.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru agar akhlak mulia dan kebijaksanaan Rasulullah dalam menyatupadukan umat dijadikan contoh oleh ahli politik supaya bersatu padu dan menyokong penuh usaha kerajaan dalam mengatasi masalah penularan wabak Covid-19.

Sultan Sharafuddin bertitah ahli politik perlu bersatu dan berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik demi memastikan rakyat terus hidup aman damai, makmur dan harmoni.

“Rakyat sedang berhadapan dengan kemelut ekonomi yang merudum akibat wabak Covid-19, (maka) perpaduan, kestabilan dan kesejahteraan amat penting untuk meneruskan agenda pembangunan, membina kekuatan dan mendaulatkan negara,” titah baginda dalam perutusan sempena sambutan Maulidur Rasul 1442 Hijrah yang dimuat naik di laman Facebook Selangor Royal Office hari ini.

Titahnya lagi umat Islam perlu terus menghayati dan menghidupkan dua peninggalan Rasulullah iaitu al-Quran dan As-Sunnah dalam kehidupan harian.

Sultan Sharafuddin turut menyeru agar rakyat menghayati dan mengamalkan ajaran Islam sepertimana diajar dan dibimbing oleh junjungan besar Nabi Muhammad.

“Nabi Muhammad yang merupakan seorang insan mulia dan agung adalah anugerah Allah kepada umat manusia di muka bumi ini. Baginda merupakan seorang Khalifah kepada sekalian umat yang mengajar manusia tentang persaudaraan, akhlak mulia serta erti kehidupan sebenarnya,” titah baginda.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Mengapa Malaysia masih ‘tersekat’ dengan ahli politik tua?

Jawatan empat menteri kanan dalam Kabinet juga berusia lebih kurang 50 hingga 70 tahun.

Sultan Selangor minta penguatkuasaan lebih tegas ketika PKPB

Sultan Sharafuddin kecewa kerana masih terdapat segelintir pihak, tidak mengambil serius, lalai dan ingkar dalam mematuhi arahan PKPB.

Henti semai kebencian, bersatu perangi Covid-19, kata Azmin

Adalah wajar dan tepat bagi semua pihak bersatu di belakang usaha mengurangkan pandemik dan melandaikan lengkungan Covid-19.

Ismail Sabri ajak Hannah Yeoh bersama perangi Covid-19

Beliau berkata, pada ketika ini perbezaan politik harus diketepikan untuk memastikan penularan Covid-19 dihentikan.

Adakah Anwar permain dan bohongi Agong, soal penganalisis

Apakah kewibawaan yang masih tersisa pada presiden PKR itu jika terbukti beliau mempermainkan dan membohongi Agong, kata Kamarul Zaman.