- Iklan -
Berita

Penyair Salleh Ben Joned meninggal dunia

Semasa hayatnya Salleh juga pernah berlakon antaranya dalam filem Bintang Malam pada tahun 1991.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Disebabkan PKPB masih dilaksanakan, pengebumian Salleh hanya boleh dihadiri keluarga terdekatnya. Gambar: Facebook
Disebabkan PKPB masih dilaksanakan, pengebumian Salleh hanya boleh dihadiri keluarga terdekatnya. Gambar: Facebook

Penyair dan penulis Salleh Ben Joned meninggal dunia kerana kegagalan jantung awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Facebook Allahyarham yang ditulis keluarganya, Salleh, 79, meninggal dunia pada kira-kira 1.21 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), di Kuala Lumpur.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya dan disolatkan di Masjid Abu Bakar As Siddiq, di Petaling Jaya.

“Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat hanya keluarga dan saudara terdekat sahaja dibenarkan untuk menghadiri majlis pengebumian,” demikian kenyataan itu.

Antara buku yang pernah dihasilkan Allahyarham ialah “Sajak-Sajak Saleh” yang ditulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Selain itu, semasa hayatnya Salleh juga pernah berlakon antaranya dalam filem Bintang Malam pada tahun 1991.