- Iklan -
Berita

649 kes baru Covid-19, 685 dilaporkan sembuh

Tiada kematian dilaporkan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Peniaga dan pelanggan dilihat memakai pelitup muka ketika urusan jual beli di Jalan Esfahan, Kuala Lumpur.
Peniaga dan pelanggan dilihat memakai pelitup muka ketika urusan jual beli di Jalan Esfahan, Kuala Lumpur.

Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata 649 kes baru jangkitan Covid-19 dilaporkan menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 30,090.

Daripada jumlah kes baru itu, 7 merupakan kes import dan Sabah kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 458.

Sebanyak 685 pesakit sembuh sepenuhnya hari ini menjadikan angka keseluruhan mereka yang pulih berjumlah 19,757 kes.

“Terdapat 10,087 kes aktif kini sedang menerima rawatan di hospital, 106 pesakit di tempat di Unit Rawatan Rapi termasuk 23 memerlukan bantuan alat pernafasan,” kata kenyataan itu.

Tiada kes kematian baru dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang maut kekal 246 orang.

Tambah kenyataan itu, terdapat lima kluster baru turut dilaporkan hari ini iaitu, Kluster Sakti (Lahad Datu), Kluster Tuguson (Kota Belud), Kluster Bah Medan (Sepang), Kluster Taman Laut (Petaling) dan Kluster Taman Bunga (Seremban).