- Iklan -
Berita

801 kes baru Covid-19, 573 dilaporkan pulih

Sabah kekal negeri tertinggi catat jangkitan baru Covid-19.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai melakukan penjarakan sosial ketika menggunakan pengangkutan awam.
Orang ramai melakukan penjarakan sosial ketika menggunakan pengangkutan awam.

Sebanyak 801 kes baru jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 29,441.

Daripada jumlah kes baru itu, 2 merupakan kes import.

Sabah kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 546 atau 68.2%

Ketua Pengarah kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 573 pesakit sembuh dan dibenarkan pulang.

“Jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 19,072 atau 64.78%,” katanya dalam sidang media hariannya hari ini.

Noor Hisham berkata 10,123 kes aktif kini sedang menerima rawatan di hospital, 94 pesakit di tempat di Unit Rawatan Rapi termasuk 25 memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat lapan kes kematian baru dilaporkan,” katanya.

Tambahnya, terdapat empat kluster baru turut dikesan.