Sunday, March 7, 2021

Harga pelitup muka 70 sen bermula Ahad

Harga maksimum pelitup muka jenis tiga lapis di peringkat borong pula diturunkan kepada 65 sen.

Other News

Trend jangkitan Covid-19 terus menurun, catat bawah 2,000 kes baru

Malaysia catat 1,683 kes baru Covid-19 hari ini.

New cases still under 2,000 as recoveries stay ahead

1,683 new cases, 2,506 recoveries.

Kerjasama Bersatu-Umno di Sabah wujudkan kestabilan politik

Keputusan PRN Sabah tahun lepas menunjukkan hasrat rakyat di Sabah untuk melihat satu bentuk perpaduan erat antara parti dalam GRS.

Pintu Kaabah dibuka untuk Muhyiddin

Perdana menteri selesai menunaikan ibadah umrah.

BN rejects Ahmad Maslan as sec-gen in another blow to Zahid

This is the second time Zahid's choice of Barisan Nasional secretary-general has not gone down well with coalition leaders.

Harga siling runcit baru bagi pelitup muka jenis tiga lapisan diturunkan kepada 70 sen daripada RM1 sekeping, berkuat kuasa Ahad ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi berkata harga maksimum pelitup muka jenis tiga lapis di peringkat borong pula diturunkan kepada 65 sen sekeping daripada 95 sen.

Mengambil kira keperluan untuk rakyat terus mengamalkan norma baru terutama penggunaan pelitup muka yang berterusan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)  telah membuat kajian semula harga pelitup muka melibatkan pengeluar tempatan dan pengimport, katanya.

“Harga baru ini akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” menurutnya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Nanta berkata harga siling runcit bagi pelitup muka satu lapisan pula ditetapkan tujuh sen sekeping, pelitup muka dua lapisan 20 sen sekeping manakala pelitup muka N95 pada RM6 sekeping.

Sementara itu, beliau berkata KPDNHEP telah menjalankan sebanyak 67,217 pemeriksaan dan pemantauan harga serta bekalan bagi pelitup muka di seluruh negara sejak 29 Januari sehingga Ahad lepas.

“Tindakan pemeriksaan tersebut berjaya menghasilkan sebanyak 73  kes dengan nilai rampasan RM543,737 dan melibatkan jumlah kompaun sebanyak RM518,400,” katanya.

Peniaga yang gagal mematuhi perintah di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 boleh dikenakan penalti seperti bagi kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum.

Pesalah individu boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali atau dikompaun sehingga RM50,000, manakala pesalah syarikat pula boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

Bagi kesalahan gagal meletakkan tanda harga bagi barangan harga terkawal pula, pesalah individu boleh didenda sehingga RM50,000 atau dikompaun sehingga RM25,000, manakala pesalah syarikat boleh didenda sehingga RM100,000 atau dikompaun sehingga RM50,000, katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

16 barang kawalan disenarai sempena Tahun Baru Cina

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina 2021 yang berkuat kuasa dari 8 hingga 16 Februari ini.

Menteri jelaskan rasional benarkan kedai barang kemas dibuka

Ia bertujuan untuk membantu rakyat bawahan yang mahu menjual barang kemas mereka bagi mendapatkan wang tunai.

3 syarikat pengeluar daging terbesar dijamin halal, kata timbalan menteri

Allana Group, Amroon dan Al-Aali adalah antara pembekal daging yang diiktiraf.

Syarikat palsukan logo halal didakwa esok

Tindakan itu sekali gus menafikan dakwaan sebelum ini bahawa kerajaan cuba melindungi pihak dan syarikat yang terlibat.

SSM rangka pelbagai inisiatif bantu belia, ibu tunggal B40 berniaga

Inisiatif berkenaan bakal mencetus minat berniaga dan menggalakkan lebih ramai penyertaan golongan belia dan ibu tunggal.