Sunday, May 9, 2021

835 kes baru Covid-19, 674 dilaporkan sembuh

410 kes dilaporkan di Sabah.

Other News

Sebanyak 835 kes baru jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan angka keseluruhan kes dalam negara ini berjumlah 28,640.

Daripada jumlah kes baru itu, lima merupakan kes import.

Ketua Pengarah kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 674 pesakit sembuh dan dibenarkan pulang.

“Jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 18,499 atau 64.6%,” katanya dalam sidang media hariannya hari ini.

Noor Hisham berkata 9,903 kes aktif kini sedang menerima rawatan di hospital, 89 pesakit di tempat di Unit Rawatan Rapi termasuk 32 memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat dua kes kematian baru dilaporkan,” katanya.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles