- Iklan -
Berita

Covid-19 kembali catat empat digit, 1,240 kes baru dilaporkan

Sabah kekal sebagai negeri tertinggi mencatatkan kes baru Covid-19.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Negara hari ini mencatatkan jumlah kes baru tertinggi sejak kes pertama Covid-19 dilaporkan.
Negara hari ini mencatatkan jumlah kes baru tertinggi sejak kes pertama Covid-19 dilaporkan.

Sebanyak 1,240 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini dengan 1,238 merupakan penularan tempatan dan 2 jangkitan import menjadikan jumlah keseluruhan 27,805.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes baru yang dicatatkan hari ini merupakan penularan paling tinggi sejak kes pertama Covid-19 dilaporkan.

“Sabah mencatatkan angka tertinggi kes iaitu sebanyak 927 jangkitan baru,” katanya dalam sidang media hariannya hari ini.

Katanya, terdapat tujuh kes kematian baru dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan yang maut 236 orang.

Noor Hisham berkata, sebanyak 691 pesakit disahkan pulih dan dibenarkan pulang menjadikan angka keseluruhan sembuh berjumlah 17,825 atau 64.11%.

“Sebanyak 9,744 kes aktif kini menerima rawatan di hospital, 94 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 31 menerima bantuan alat pernafasan,” tambahnya.

Memperincikan jumlah jangkitan di negeri-negeri, Noor Hisham berkata Selangor mencatatkan 177 kes baru diikuti Pulau Pinang (61); Negeri Sembilan (25); Kuala Lumpur (17); Perak (8); Sarawak (7); Labuah (6); Johor (4); Kedah (3); Terengganu (3) dan Melaka (2).