- Iklan -
Berita

823 kes baru Covid-19, 8 kematian dilaporkan

Sabah masih kekal sebagai negeri kes Covid-19 tertinggi.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Para petugas kesihatan lengkap dengan sut PPE sebelum menjalankan ujian saringan Covid-19.
Para petugas kesihatan lengkap dengan sut PPE sebelum menjalankan ujian saringan Covid-19.

Sebanyak 823 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini dengan kesemua kes merupakan penularan tempatan, menjadikan jumlah keseluruhan 26,565.

Sabah mencatatkan angka tertinggi kes iaitu sebanyak 533 atau 64.8%

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 9,202 kes aktif sedang menerima rawatan di hospital.

“Daripada jumlah kes aktif itu 99 pesakit kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi termasuk 30 memerlukan bantuan alat pernafasan,” kata kenyataan itu.

Katanya, sebanyak 579 pesakit sembuh dan dibenarkan pulang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 17,134 orang atau 64.50%.

“Dimaklumkan terdapat lapan kes kematian baru dilaporkan, dan setakat hari ini 229 mangsa maut,” tambahnya.