Thursday, November 26, 2020

Ingkar SOP, wartawan kongsi detik dijangkiti Covid-19

Badan lemah serta batuk tak henti-henti sehari selepas pulang dari Sabah.

Other News

Judges nix bid to probe wider theory in MH17 trial

Defence lawyers had asked judges to allow the examination of other possibilities, including the idea that a Ukrainian fighter jet was to blame.

Covid-19 cases worldwide top 60 million

In total 60,014,291 infections, leading to 1,415,258 deaths, have been recorded around the world since the pandemic emerged in China late last year.

Lagenda bola sepak Maradona meninggal dunia pada usia 60 tahun

Maradona meninggal dunia setelah mengalami serangan jantung di rumahnya di Tigre, Argentina.

India prepares for ‘very severe cyclonic storm’ Nivar

State governments have cancelled flights and trains in expectation of widespread flooding and catastrophic winds.

Football legends, Pope mourn ‘football’s poet’ Maradona

Pope Francis is a lifelong football fan and admirer of Maradona's wizardry on the pitch.

Ketika dunia masih berdepan dengan pandemik yang menjejaskan ekonomi dan kehidupan di seluruh dunia, dijangkiti Covid-19 bukanlah sesuatu diharapkan, apa lagi bagi petugas barisan hadapan seperti wartawan yang terpaksa bertarung nyawa dalam membuat liputan.

Sehingga kini, masih belum ada vaksin yang mampu merawat virus misteri itu, di Malaysia sahaja Covid-19 sudah meragut lebih 200 nyawa dan menjangkiti lebih 22,000 orang.

Azrul Affandi Sobry, 42, yang juga seorang wartawan Berita Harian menceritakan bagaimana beliau dijangkiti Covid-19 kerana tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 seperti yang ditetapkan kementerian kesihatan semasa membuat liputan Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini.

“Dari hari pertama saya buat ‘coverage’ sampai hari terakhir saya balik saya tak pernah ikut SOP, saya sedar mungkin itu sebab utama dan tak boleh nak salahkan rumah Mohd Shafie Apdal, tapi salah pada diri sendiri,” kata Azrul kepada MalaysiaNow merujuk kepada rumah bekas ketua menteri Sabah.

“Tapi semua orang tahu kot itulah masalah pada orang media, kita takde pilihan kita kena pergi sampai ke depan juga kan.”

“Jadi saya syak diri saya sendiri langar SOP, tak ikut SOP dan pergi ke kawasan yang sangat ramai orang. Penjarakan sosial memang tak dibuat dan pelitup muka pun tak digunakan,” katanya.

Menurut Azrul, selepas pulang dari Sabah pada 30 September lalu seperti yang lain, beliau perlu melakukan ujian swab dan dipakaikan gelang merah jambu setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan diarahkan kuarantin kendiri selama 14 hari.

Azrul Affandi Sobry, meluangkan masa bersama keluarga setelah bebas daripada virus tersebut di rumah di Kajang Perdana, Kajang.

Azrul merasakan terdapat perubahan pada dirinya apabila badannya menjadi semakin lemah sehari selepas pulang selain batuk tidak berhenti namun tidak berani keluar rumah untuk mendapatkan rawatan atau ubat kerana masih memakai gelang merah jambu.

“Hari ketiga selepas pulang dari Sabah saya dah mula teruk, jadi saya telefon hospital Kajang bahagian kecemasan sebab saya tengah sakit teruk ni, saya nak tahu macam mana saya nak dapatkan ubat dan nak dapatkan rawatan,” katanya.

Disebabkan kesukaran berurusan dengan hospital tersebut, Azrul menghubungi Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dan kes itu mendapat perhatian dan diberikan rawatan sebelum disahkan positif Covid-19 sehari selepas itu.

“Tapi semua orang tahu kot itulah masalah pada orang media, kita takde pilihan kita kena pergi sampai ke depan juga kan.”

Menceritakan pengalamannya sepanjang menjalani kuarantin selama 14 hari di wad isolasi Hospital Sungai Buloh, Azrul tiga kali dipindahkan ke wad berbeza gara-gara batuk teruk dan sering pening kepala.

Katanya, disebabkan pertambahan mendadak kes positif Covid-19 di Lembah Klang membuatkan pesakit akan dibenarkan pulang selepas hari kesepuluh sekiranya tidak mempunyai simptom yang teruk.

Azrul berkata walaupun beliau masih lagi positif Covid-19, pesakit tidak akan menyebarkan virus itu selepas hari kelapan dan terpulang kepada imuniti badan masing-masing untuk sembuh.

“Tapi selama ini kementerian dia berwaspada dia buat sampai 14 hari supaya lebih. Tapi sebab terlalu banyak kes dia orang takde pilihan jadi dia orang akan cepat keluarkan kita orang.”

“Daripada 14 dia turun ke 10 hari jadi tengok pula kalau dah memang orang tu sihat orang tu takda sebarang simptom sudah dibenarkan pulang malah boleh dikatakan semua yang berada dalam wad isolasi sihat sebenarnya 80% dalam wad itu boleh berlari,” katanya.

Bagi Azrul yang sebelum ini dikenali sebagai “cikgu Covid” di kalangan pengikutnya di Facebook kerana sering memberi nasihat dan petua kepada orang ramai mengenai cara mencegah diri daripada terkena jangkitan penyakit berbahaya itu berharap orang ramai tidak paranoid atau fobia dengan bekas pesakit.

“Yang paranoid yang sentiasa skeptikal dengan pesakit covid-19, dia orang ni nampak kami macam banduan tak boleh rapat tak boleh dekat, bukan sorang dua kawan-kawan saya pun ramai macam tu.”

“Jadi saya nak bagi tau dia orang kena belajar sikit, bukan Covid sahaja bahaya Influenza pun bahaya semua boleh merebak tapi dia orang nampak Covid paling bahaya memang bahaya tapi sama je,” katanya dalam wawancara bersama MalaysiaNow.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Kerajaan timbang saring pekerja asing setiap dua minggu

Sekarang ini saringan kesihatan yang diwajibkan bagi pekerja asing di negeri-negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

970 kes baru Covid-19, 2,348 pulih, 4 lagi kematian dilaporkan

Sebanyak 12,971 kes aktif direkodkan.

Kanak-kanak 12 tahun ke bawah dijangka tidak terima vaksin Covid-19

Tiada vaksin Covid-19 sedang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal yang menjalankan ujian keberkesanan dan kesannya terhadap kanak-kanak.

Kerajaan kaji semula bantuan kewangan bulanan JKM 

Kementerian komited meneliti dan mengurangkan proses birokrasi dengan memendekkan tempoh kelulusan permohonan.

2,188 kes baru Covid-19, 1,623 di Selangor

Angka keseluruhan Covid-19 kini berjumlah 58,847 kes.