- Iklan -
Berita

1,228 kes baru Covid-19, 7 kematian dilaporkan

Jumlah kes baru tertinggi yang pernah dicatatkan dalam satu hari.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang wanita dilihat mematuhi SOP ketika berada di tempat awam.
Seorang wanita dilihat mematuhi SOP ketika berada di tempat awam.

Sebanyak 1,228 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini, merupakan jumlah kes tertinggi yang pernah dicatatkan dalam satu hari.

Daripada jumlah itu sebanyak 1,217 merupakan jangkitan tempatan dan 11 lagi adalah kes import.

Sabah mencatatkan angka tertinggi kes iaitu sebanyak 889 atau 72.4%.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 8,966 kes aktif sedang menerima rawatan di hospital.

“Daripada jumlah kes aktif itu 92 pesakit kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi termasuk 31 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya dalam sidang media hariannya hari ini.

Katanya, sebanyak 671 pesakit sembuh dan dibenarkan pulang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 16,555 orang atau 64.31%.

“Dukacita dimaklumkan terdapat tujuh kes kematian baru dilaporkan, dan setakat hari ini 221 mangsa maut,” tambahnya.