- Iklan -
Berita

PM bertemu Agong lebih dua jam di Kuantan

Kenderaan yang membawa Muhyiddin meninggalkan istana kira-kira pukul 7.10 malam.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Gambar: Bernama
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Gambar: Bernama

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dilihat meninggalkan Istana Abdulaziz di sini pada 7.10 malam tadi, selepas berada di situ selama lebih dua jam.

Terdahulu, beliau yang dipercayai hadir bagi mengadap Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah tiba di perkarangan istana pada 4.40 petang tadi.

Turut serta ialah Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang.

Juga kelihatan beberapa buah kenderaan rasmi milik kerajaan Pahang, namun tidak dapat dipastikan siapa yang menaiki kenderaan terbabit.

Difahamkan konvoi kenderaan yang membawa perdana menteri akan terus ke Pangkalan Tentera Udara Kuantan di sini untuk menaiki pesawat pulang ke ibu kota.

Pada pagi tadi, Muhyiddin dilapor mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya dipercayai bagi membincangkan isu-isu semasa.

Turut dilihat memasuki perkarangan Perdana Putra pagi tadi ialah kenderaan yang membawa Affendi.