- Iklan -
Berita

Hishammuddin dilantik bendahari BN

Pelantikan dibuat selepas berunding dengan presiden-presiden parti komponen dalam BN.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Hishammuddin Hussein dilantik sebagai bendahari BN yang baru.
Hishammuddin Hussein dilantik sebagai bendahari BN yang baru.

Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan pelantikan Hishammuddin Hussein sebagai bendahari Barisan Nasional (BN) yang baru bagi menggantikan Tengku Adnan Tengku Mansor.

Pengerusi BN itu berkata, Hishammudin akan mengambil alih tugas itu daripada Tengku Adnan yang akan terus menjalankan tugas-tugas selaku bendahari Umno.

Zahid berkata rombakan kecil dalam kepimpinan BN itu dilakukan dengan mengambil kira beberapa aspek untuk memperkukuhkan struktur organisasi sedia ada.

Katanya pelantikan itu dibuat selepas berunding dengan presiden-presiden parti komponen dalam BN.

”Tahniah diucapkan kepada Hishammuddin. Diharapkan beliau dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaiknya,” kata Zahid dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tengku Adnan atas segala jasa dan peranan beliau sepanjang menjadi bendahari BN.