Friday, February 26, 2021

Umno Selangor fail bantahan pelucutan hak wang RM2.7 juta

Wang yang disita itu didakwa ada kaitan dengan skandal penyelewangan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Other News

Tidak perlu surat polis rentas negeri hantar anak ke asrama

Ibu bapa hanya perlu menunjukkan surat yang dikeluarkan pihak sekolah semasa melalui sekatan jalan raya.

No police permit needed to cross borders for school

Parents only need to show letters issued by the schools at police roadblocks.

Kes baru Covid-19 jatuh bawah 2,000

12 lagi kematian dicatatkan.

New cases drop below 2,000 mark

12 more deaths reported.

MIC leader questions ‘fickle-minded’ Umno chiefs

MIC deputy president M Saravanan says the party will only decide based on discussions in Barisan Nasional.

Badan Perhubungan Umno Selangor (Umno Selangor) memfailkan bantahan awal, terhadap permohonan kerajaan untuk melucut hak wang berjumlah RM2,738,525.08 yang dirampas daripada pihaknya.

Wang yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada badan politik tersebut, didakwa berkaitan dengan skandal penyelewangan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam yang mewakili Umno Selangor Muzzammil Merican ketika dihubungi Bernama berkata, notis bantahan tersebut telah disampaikan melalui satu surat kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada 22 September lepas.

“Bantahan ini berkaitan dengan cara prosiding lucut hak ini dimulakan. Pihak kami akan berhujah bahawa prosiding ini telah dimulakan dengan cara salah.

“Semalam dijadualkan untuk pendengaran tersebut, tetapi berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang berkuat kuasa di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, bermula 14 hingga 27 Oktober,  jadi prosiding telah dilapangkan,” katanya.

Muzzammil berkata Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin, telah menetapkan 27 November depan untuk pendengaran notis bantahan awal berkenaan.

Permohonan lucut hak itu difailkan pendakwaan selaku pemohon terhadap Umno Selangor, yang dinamakan sebagai responden mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Sebelum ini, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya dilaporkan berkata, agensi itu memfailkan permohonan terhadap 41 responden untuk mendapatkan semula kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

SPRM percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bekas perdana menteri Najib Razak.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Saksi nafi gelaran Datuk yang diterima berkait kes 1MDB

Nor Salwani Muhammad, 54,  memberitahu pingat yang diterimanya pada 1 Februari 2020 adalah kerana beliau telah berkhidmat selama 30 tahun di kementerian wilayah persekutuan.

Mahkamah tolak permohonan lucut hak wang milik Umno Johor

Pihak pendakwaan hari ini gagal dalam permohonan mereka untuk melucut hak wang berjumlah RM677,872.55.

Prosiding taksiran ganti rugi saman fitnah Guan Eng 14 April ini

Saman itu difailkan Lim berhubung penerbitan artikel membabitkan dakwaan rasuah terhadapnya dalam projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Audio ‘Boleh saya nasihatkan kamu?’ Rosmah-Najib digunakan sebagai bukti

Ia telah membatalkan keputusan awalnya mengenai rakaman perbualan telefon melibatkan Rosmah dan suaminya Najib Razak serta beberapa individu lain.

Proksi Jho Low dilantik sebagai penandatangan sah dalam syarikat subsidiari 1MDB

Saksi ke-10 pendakwaan itu mengesahkan bekas pengarah eksekutif 1MDB dan rakan sekutu Jho Low, Terence Geh juga dilantik sebagai penandatangan sah dalam 1MDB GIL.