Monday, May 10, 2021

Lebih 2,000 pelajar positif Covid-19

Kes positif itu direkodkan sejak Februari lalu sehingga semalam.

Other News

Sebanyak 2,145 pelajar dikesan positif Covid-19 sejak Februari lalu hingga semalam, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 1,257 pelajar dikesan positif pada gelombang ketiga pandemik itu dari 22 September hingga semalam.

Beliau berkata 830 kes membabitkan pelajar berusia tujuh hingga 12 tahun manakala 1,350 kes membabitkan pelajar berusia 13 hingga 18 tahun.

Dalam gelombang ketiga, 587 kes membabitkan pelajar berusia tujuh hingga 12 tahun dan 670 kes pelajar berusia 13 hingga 18 tahun, katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di sini, hari ini.

Katanya, sejak gelombang ketiga melanda negara, sejumlah 12 sekolah yang terkesan dengan wabak tersebut ditutup selama seminggu bagi proses nyah kuman dan saringan kontak rapat dilakukan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles