- Iklan -
Berita

Bekas pengumpul dana Trump mengaku bersalah melobi gugurkan siasatan 1MDB

Beliau menerima berjuta-juta dollar untuk melobi pentadbiran Trump.

AFP
2 minit bacaan
Kongsi
Skandal 1MDB masih disiasat pihak berkuasa tempatan dan antarabangsa. Gambar: AFP
Skandal 1MDB masih disiasat pihak berkuasa tempatan dan antarabangsa. Gambar: AFP

Seorang bekas pengumpul dana untuk Presiden Donald Trump mengaku bersalah pada Selasa di atas dakwaan melobi pemerintah Amerika Syarikat (AS) untuk menggugurkan siasatan terhadap skandal rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengusir jutawan dalam buangan China, lapor AFP.

Elliott Broidy, 63, didakwa awal Oktober lalu dengan satu tuduhan berkonspirasi dengan bertindak sebagai ejen asing tidak berdaftar selepas didakwa bersetuju menerima berjuta-juta dollar untuk melobi pentadbiran Trump.

Ketika itu Broidy merupakan timbalan pengerusi jawatankuasa kewangan negara untuk parti Republikan, selepas menjadi pengumpul data utama untuk kempen presiden Trump pada tahun 2016.

Indikmen itu berkata, Broidy direkrut pada 2017 oleh seorang warganegara asing yang tidak disebut namanya, difahamkan Low Taek Jho atau Jho Low, untuk memberikan tekanan kepada pegawai-pegawai penyiasat AS supaya menghentikan siasatan mereka terhadap skandal melibatkan perdana menteri Malaysia ketika itu, Najib Razak.

Skandal itu melibatkan kecurian dana melebihi RM18.6 bilion daripada 1MDB dan Low didakwa sebagai dalang yang memindah dan menyembunyikan dana tersebut.

Usaha melobi itu termasuk mengaturkan Najib dan Trump bermain golf bersama pada bulan September 2017, bagi memberikan peluang kepada bekas perdana menteri itu untuk memberikan tekanan kepada Trump agar menghentikan siasatan AS.

Ketika itu Broidy merupakan timbalan pengerusi jawatankuasa kewangan negara untuk parti Republikan, yang menjadi pengumpul data utama untuk kempen presiden Trump pada tahun 2016.

Permainan golf tersebut tidak pernah berlaku, dan Low didakwa pada tahun 2018 kerana peranannya membawa keluar berbilion-bilion wang 1MDB.

Pada Mei 2017, Low turut memperkenalkan Broidy kepada seorang pegawai kanan keselamatan China, dan mereka berbincang mengenai keinginan Beijing agar Washington mengusir seorang jutawan dalam buangan, dikenali sebagai Guo Wengui yang juga merupakan ahli perniagaan terkenal yang menentang kerajaan.

Indikmen itu turut menggambarkan usaha bersungguh-sungguh Broidy dalam melobi Rumah Putih, Jabatan Kehakiman dan penguatkuasa undang-undang bagi pihak China, termasuk menghubungi tanpa perbicangan secara langsung dengan Trump.

“Kes ini menunjukkan bagaimana ketua negara dan principal asing berusaha membawa masuk agenda mereka ke Amerika Syarikat dengan berselindung di sebalik proksi pengaruh politik,” kata pemangku penolong peguam negara Brian Rabbitt dalam satu kenyatan.

“Perbuatan tersebut menimbulkan ancaman serius terhadap keselamatan negara dan integriti demokrasi kita.”

Broidy berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun, dan dilucutkan hak ke atas wang berjumlah RM27.3 juta yang diperoleh daripada Low untuk melobi, kata jabatan kehakiman (DoJ).