- Iklan -
Berita

Agong terima mengadap perdana menteri untuk mesyuarat pra Kabinet

Pertemuan berlangsung selama satu jam.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Mesyuarat pra Kabinet antara Agong dan Muhyiddin berlangsung selama satu jam.
Mesyuarat pra Kabinet antara Agong dan Muhyiddin berlangsung selama satu jam.

Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini berkenan menerima mengadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat pra Kabinet di Istana Negara.

Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook memaklumkan sesi hari ini berlangsung selama satu jam bermula 8 pagi.

“Mesyuarat pra Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama perdana menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Turut dimuat naik bersama kenyataan itu, empat keping gambar menunjukkan Muhyiddin mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Agong.