Sunday, February 28, 2021

30% pegawai pengurusan, pentadbiran dibenarkan kerja di pejabat

Arahan kehadiran bertugas itu adalah terkecuali kepada penyampaian perkhidmatan-perkhidmatan penting (essential services).

Other News

Amanah Bukit Bintang gesa kaji semula hubungan dengan PKR, kedudukan dalam PH

Mereka berkata, sudah tiada kesepakatan dalam gabungan yang dibentuk.

‘Jangan hipokrit, lidah bercabang’, kata Pemuda Amanah selepas PKR ‘curi’ 3 wakil rakyat

Sebagai rakan gabungan PH, menerima penyertaan wakil-wakil rakyat ini hanya akan mengeruhkan hubungan antara parti, kata Shazni.

Belajar sejarah di luar buku teks

Kalau dulu kita hanya ada maklumat dari buku teks, tetapi kini apa saja maklumat boleh diperolehi melalui alam maya.

’Sindir badan’ lebih dahsyat dengan media sosial

Media sosial kini menjadi medium paling mudah untuk seseorang meluahkan perasaan sehingga mengenepikan nilai kemanusiaan, kesopanan dan kesusilaan.

Contemptuous expressions and freedom of speech

Any business which maintains internet discussion forums should be aware of and guard against the risks of liability for comments by third parties.

Semua ketua jabatan perkhidmatan awam di Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah perlu memastikan kehadiran pegawai ke pejabat hanya pada kadar maksimum 30 peratus bagi memastikan perkhidmatan asas berterusan, mulai esok sehingga tamat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata arahan kehadiran bertugas itu adalah terkecuali kepada penyampaian perkhidmatan-perkhidmatan penting (essential services).

Langkah itu diambil bagi mengukuhkan usaha mencegah penularan wabak Covid-19 di kawasan terbabit.

“Bagi maksud ini, semua ketua jabatan adalah diarah supaya memastikan pegawai di peringkat pengurusan dan pentadbiran yang tidak diperlukan berada di pejabat sepenuh masa dijadualkan bekerja dari rumah (BDR), sama ada secara penggiliran atau sepenuh masa agar kehadiran mereka di pejabat dioptimumkan pada kadar minimum semasa tempoh PKPB dikuatkuasakan,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, ketetapan dalam Surat Edaran JPA.SARAAN(S)256/6/31 JLD.6 (2) bertarikh 17 Mac 2020, dan ketetapan dalam Surat Edaran JPA.SARAAN(S)256/6/31 JLD.6 (6) bertarikh 2 Mei 2020 masih terpakai.

Mohd Khairul Adib berkata semua aktiviti secara bersemuka seperti mesyuarat, perbincangan atau latihan tidak dibenarkan dan hendaklah dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya manakala dokumen rahsia rasmi adalah tidak dibenarkan untuk dibawa keluar.

“Bagaimanapun, ketua jabatan boleh mempertimbangkan atas kepentingan tugasan dan prinsip BDR untuk memberi kebenaran membawa keluar dari pejabat dokumen rahsia rasmi termasuk salinan cetak (hardcopy) atau salinan lembut (softcopy) berpandukan Garis Panduan Membawa Rahsia Rasmi Keluar Dari Pejabat Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia,” katanya.

Beliau mengingatkan ketua jabatan agar memastikan pematuhan sepenuhnya semua peraturan, garis panduan dan surat edaran yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam.

“Arahan ini juga dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa tempatan berkanun dan pihak berkuasa tempatan yang dikenakan PKPB sehingga tamat tempoh PKPB, tertakluk kepada mana-mana arahan yang akan diumumkan kerajaan,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Suami isteri pengusaha van tak sabar tunggu sekolah dibuka

Berita mengenai pembukaan semula sesi persekolahan pada 1 Mac depan bagaikan “cahaya di hujung terowong” kepada pasangan pengusaha van sekolah yang memutuskan untuk pulang...

Kes Covid-19 kembali melebihi 2,000, 11 kematian baru

11 lagi kematian dicatatkan menjadikan jumlah 1,111 kes.

Vaksin Covid-19 jalan terbaik rancak ekonomi

Petanda kerajaan tidak perlu lagi melaksanakan perintah kawalan pergerakan, termasuk kemungkinan membuka sepenuhnya sektor ekonomi.

Bukan sekadar hak harta intelek, pakar ajar cara jadikan vaksin lebih murah

Serum Institute of India menawarkan cara mudah bagi menangani masalah eksklusif vaksin ketika darurat kesihatan.

Tidak perlu surat polis rentas negeri hantar anak ke asrama

Ibu bapa hanya perlu menunjukkan surat yang dikeluarkan pihak sekolah semasa melalui sekatan jalan raya.