- Iklan -
Berita

Subang Jaya kini berstatus bandar raya

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya dilantik menjadi Datuk Bandar pertama.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Majlis Perbandaran Subang Jaya kini  menjadi Majlis Bandaraya Subang Jaya. Gambar: Facebook
Majlis Perbandaran Subang Jaya kini menjadi Majlis Bandaraya Subang Jaya. Gambar: Facebook

Subang Jaya kini secara rasmi berstatus bandar raya di Selangor selepas mendapat perkenan daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkuat kuasa hari ini.

Ia menjadi bandar raya ketiga di Selangor selepas Shah Alam dan Petaling Jaya.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata selari dengan pengisytiharan itu Noraini Roslan dilantik menjadi Datuk Bandar Subang Jaya pertama berkuat kuasa tarikh yang sama.

Noraini merupakan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya.

“Pelantikan Noraini mendapat perkenan Sultan Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amirudin berharap pembangunan di Subang Jaya akan terus dimantapkan dengan menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan bertaraf dunia.