- Iklan -
Berita

Rakyat Israel masuk UAE tanpa visa

UAE menjadi negara Arab pertama yang membatalkan syarat visa untuk warganegara Israel.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Perjanjian itu bakal ditandatangani semasa upacara di Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion Tel Aviv. Gambar: AFP
Perjanjian itu bakal ditandatangani semasa upacara di Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion Tel Aviv. Gambar: AFP

Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Israel akan menandatangani perjanjian untuk pengecualian visa, Agensi Anadolu melaporkan menurut media tempatan pada Isnin.

Rangkaian KAN News Israel berkata perjanjian itu akan dimuktamadkan pada Selasa sambil menyatakan UAE menjadi negara Arab pertama yang membatalkan syarat visa untuk warganegara Israel.

Perjanjian itu bakal ditandatangani semasa upacara di Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion Tel Aviv, turut dihadiri Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Steven Mnuchin dan seorang menteri UAE.

Pada 15 September, Bahrain dan UAE bersetuju untuk menjalin hubungan diplomatik, kebudayaan dan komersial sepenuhnya dengan Israel setelah menandatangani perjanjian tersebut di Rumah Putih.