Wednesday, November 25, 2020

Pekerja pengurusan, pengawasan zon merah kerja dari rumah bermula 22 Oktober

Ini bertujuan untuk mengurangkan pergerakan pekerja bagi mengekang penularan Covid-19.

Other News

PNBBC beri sokong penuh undi belanjawan esok

Desas-desus undian Belanjawan 2021 akan gagal esok menimbulkan kebimbangan banyak pihak.

PN backbenchers pledge ‘solid support’ for budget, PM

They say they will put aside their differences to prioritise the fight against the Covid-19 pandemic.

Top Glove diarah saring lebih 2,000 pekerja tinggal luar kawasan PKPD

Langkah itu bagi mengelak penularan wabak tersebut di kawasan komuniti.

Top Glove told to screen over 2,000 workers living outside EMCO area

Minister Ismail Sabri Yaakob says this is to prevent the spread of the pandemic in community areas.

Kerajaan timbang saring pekerja asing setiap dua minggu

Sekarang ini saringan kesihatan yang diwajibkan bagi pekerja asing di negeri-negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pekerja di peringkat pengurusan dan pengawasan dalam sektor awam dan swasta di zon merah di Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah diarah bekerja dari rumah berkuat kuasa 22 Oktober ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengurangkan pergerakan pekerja bagi mengekang penularan Covid-19.

“Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) juga memaklumkan hampir 800,000 pekerja sektor industri dari Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah akan terlibat dengan arahan ini. Arahan ini juga akan melibatkan seramai hampir 200,000 penjawat awam di Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah.

“Ini merupakan arahan dan bukan lagi permintaan. Majikan diarah mengeluarkan surat pelepasan bagi pekerja-pekerja ini untuk bekerja dari rumah,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, hari ini.

Miti akan mengeluarkan kenyataan media berkenaan arahan ini dalam masa terdekat, katanya.

Ismail berkata bagi pekerja di zon merah yang perlu bekerja di pejabat, mereka perlu melakukan ujian calitan (swab) dan jika majikan mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kos ujian akan ditanggung Perkeso.

“Antara bahagian yang perlu bekerja di pejabat termasuk bahagian kewangan dan yang perlu membuat bayaran, begitu juga mereka yang bekerja di bahagian penguatkuasaan dan kebajikan, mereka juga perlu terus bekerja, mereka perlu buat ujian,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata kerajaan mewajibkan semula pekerja warga asing sektor pembinaan dan pengawal keselamatan membuat ujian sebagai kawalan pencegahan penularan kes di tempat kerja.

“Ketetapan ini diteruskan kepada pekerja warga asing di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah dan Labuan.

“Bagi pekerja warga asing yang majikan mereka mencarum dengan Perkeso, ujian swab adalah disediakan secara percuma,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata kerajaan mewajibkan semula pekerja warga asing sektor pembinaan dan pengawal keselamatan membuat ujian sebagai kawalan pencegahan penularan kes di tempat kerja.

Kluster Utama melibatkan sebuah pusat beli-belah di Petaling, Selangor dan setakat semalam telah merekodkan 185 kes.

Melalui siasatan KKM, kluster tersebut berpunca daripada seorang pengawal keselamatan warganegara Nepal pusat beli-belah tersebut.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Top Glove diarah saring lebih 2,000 pekerja tinggal luar kawasan PKPD

Langkah itu bagi mengelak penularan wabak tersebut di kawasan komuniti.

Kerajaan timbang saring pekerja asing setiap dua minggu

Sekarang ini saringan kesihatan yang diwajibkan bagi pekerja asing di negeri-negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

PKPB ditamatkan di Johor, Terengganu, Melaka dan Kedah

PKPB diteruskan di beberapa daerah yang masih tinggi jangkitan Covid-19.

Perkeso terima 388 aduan salah guna subsidi upah hampir RM20 juta, kata menteri

Tindakan menuntut kembali bayaran dana PSU yang disalah guna oleh majikan kini giat dilakukan.

Anugerah Bintang Popular bukan aktiviti terlarang, kata menteri

Ia merupakan industri kreatif dan tidak tersenarai di bawah senarai terlarang, dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.