Thursday, March 4, 2021

Dulu estet getah, kini bandar raya berpotensi besar

Pakar ekonomi lihat bandar raya terbaru Selangor memiliki potensi besar untuk pembangunan.

Other News

Malaysia remains among freest economies, improves in integrity, says US index

The Heritage Foundation places Malaysia in the 'Mostly Free' category, hailing its anti-corruption plan.

‘Everything will be ok’: Myanmar mourns teen killed protesting

Before going to a demonstration this week, Kyal Sin listed her blood type on her Facebook page, her phone number, and said her organs were available for donation if anything were to happen to her.

Kerajaan pertimbang benar rentas negeri berstatus PKPP

Setakat ini, hanya Sabah sahaja negeri yang masih mengekalkan larangan rentas daerah.

In India, 71kg of garbage found in stray cow’s stomach

Previous surgeries done by the People For Animals Trust Faridabad organisation have found up to 50kg of waste in cows' stomachs.

Kes baru Covid-19 kembali lepasi 2,000, catat angka 2,063

5 kematian akibat Covid-19 dicatat hari ini.

Daripada sebuah estet getah hingga menjadi bandar raya ketiga di Selangor, Subang Jaya dilihat memiliki potensi, kata seorang ahli ekonomi mengenai pengisytiharan bandar raya itu hari ini.

Yeah Kim Leng, kini bersama Universiti Sunway berkata, status Subang Jaya sebagai sebuah bandar raya akan membolehkannya menerima peruntukan lebih besar untuk pembangunan dan infrastruktur yang akan membolehkannya memperkukuh dan mempertahankan kedudukannya.

Dari segi ekonomi, ia mencapai status lebih tinggi dan bakal menarik lebih ramai pelabur membolehkan pertumbuhan lebih pesat dan pasaran lebih baik,” katanya kepada MalaysiaNOW

“Ia dapat menarik lebih banyak perniagaan dari segi volum dan diversiti, dan menjadi peluang terbaik untuk pemilik perniagaan.”

Subang Jaya bermula sebagai sebuah estet getah dan berkembang menjadi bandar kediaman pada tahun 1970-an.

Kawasan yang dahulunya yang hanya menempatkan pusat beli-belah Subang Parade dan Pusat Perubatan Subang Jaya – kini dikenali sebagai Pusat Perubatan Sime Darby – diiktiraf menjadi majlis perbandaran pada tahun 1997 dan menerima lampu hijau daripada Kabinet untuk diakreditasi sebagai bandar raya akhir tahun lalu.

Yeah berkata ia mempunyai potensi besar untuk menarik pelbagai industri baru dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan yang juga akan menentukan profil pendapatan penduduknya.

“Semua itu bergantung kepada kelebihan sedia ada dan fokusnya terhadap pertumbuhan,” tambahnya, dengan memberi cadangan pembukaan kawasan baru berteraskan teknologi internet, e-dagang serta penyelidikan dan pembangunan.

Namun beliau menegaskan semua itu memerlukan perancangan yang teliti, dan jika gagal berbuat demikian ia boleh meningkatkan ketaksamaan pendapatan.

Datuk Bandar Subang Jaya yang pertama, Noraini Roslan.

Perumahan

Bercakap mengenai pertumbuhan dalam pasaran hartanah, Yeah berkata ia bergantung kepada kebolehsediaan tanah kerana pembangunan di Subang Jaya dilihat begitu aktif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Katanya permintaan yang tinggi dengan kekurangan tanah boleh menyebabkan pembinaan bangunan bertingkat tinggi lebih banyak.

“Kita mungkin akan melihat lebih banyak pembangunan tegak di Subang Jaya,” katanya

Ng Seing Liong, bekas presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan berkata, kawasan Subang Jaya menerima permintaan sejak kira-kira 10 tahun lalu disebabkan kesan limpahan pembangunnan dari Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

“Semua itu bergantung kepada kelebihan sedia ada dan fokusnya terhadap pertumbuhan,” tambahnya, dengan memberi cadangan pembukaan kawasan baru berteraskan teknologi internet, e-dagang serta penyelidikan dan pembangunan.

Walaupun tanpa data yang tepat mengenai permintaan hartanah sejak enam bulan lepas, beliau meramalkan minat terhadap kawasan Subang Jaya akan terus wujud mengambil kira kepada ketercapaian ke bandar-bandar tersebut.

“Subang Jaya masih dianggap sebagai mampu milik oleh penduduk Kuala Lumpur,” katanya kepada MalaysiaNow.

Katanya dengan status terbaru sebagai bandar raya, ia akan meningkatkan harapan kepada sistem kebersihan lebih sistematik, ketercapaian hubungan serta infrastruktur dan kemudahan yang cekap.

“Sistem pengangkutan awam yang baik mesti menjadi salah satu matlamatnya kerana ia pasti ditunggu-tunggu orang ramai,” tambahnya.

Katanya, Majlis Perbandaran Subang Jaya menunjukkan prestasi yang baik selama ini dan tiada alasan unntuk tidak meneruskannya.

Noraini Roslan, dilantik sebagai Datuk Bandar Subang Jaya hari ini berkata, agenda utama untuk bandar raya itu akan disusun dalam rancangan strategik 2020-2025.

“Komitmen transformatif terhadap pembangunan bandar mampan akan terus dilakukan secara bersepadu melibatkan sosial, ekonomi dan alam sekitar menjadikan ia dalam satu dimensi utama,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Ahli Parlimen PKR gesa kerajaan Selangor tolak projek PJD Link

Projek PJD Link dilihat mirip dengan projek Kinrara-Damansara Expressway (Kidex) yang pernah dibatalkan sebelum ini.

Unhealthy air quality in 3 Selangor areas

Johan Setia, Klang and Petaling recorded API readings of between 141 and 183 this morning.

Tiga kawasan di Selangor dilanda jerebu

Kawasan-kawasan itu mencatat IPU tidak sihat setakat 8 pagi tadi.

The day the doves sang

The fight continues but those in it struggle on together.

Keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung undang-undang syariah Selangor tidak hina Islam

Ia menjelaskan kuasa untuk menggubal undang-undang jenayah terletak kepada Parlimen dan bukan kepada Dewan Undangan Negeri.