- Iklan -
Berita

862 kes baru Covid-19, 634 pesakit sembuh hari ini

Kes baru Covid-19 mencatatkan angka melebihi 800 untuk hari ketiga berturut-turut.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai mengambil sikap duduk di rumah selepas pelaksanaan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Jalan-jalan utama kelihatan tidak sibuk dengan kenderaan seperti sebelum ini.
Orang ramai mengambil sikap duduk di rumah selepas pelaksanaan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Jalan-jalan utama kelihatan tidak sibuk dengan kenderaan seperti sebelum ini.

Sebanyak 862 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruh jangkitan pandemik itu dalam negara ini 22,225 kes.

Daripada jumlah kes baru yang dilaporkan hari ini 860 merupakan penularan tempatan dan dua kes import

Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 634 pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar wad menjadikan jumlah keseluruhan 14,351 atau 64.57%.

“Terdapat 7,681 kes aktif sedang dirawat di hospital, 95 ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 29 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya dalam sidang media hariannya hari ini.

Katanya terdapat tiga kes kematian direkodkan hari ini.

Memperincikan jumlah pecahan kes baru Covid-19 hari ini, Noor Hisham berkata Sabah kekal mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 673 kes.

Kes-kes di Sabah meliputi 260 daripada kluster-kluster sedia ada, 243 kes saringan kontak rapat, dua kes Kluster Kertang (baru) dan 168 merupakan lain-lain saringan Covid-19.

“Selangor hari ini mencatatkan  132 kes baru, diikuti dengan Kedah (17); Perak (9); Pulau Pinang (8); Kuala Lumpur (7); Wilayah Persekutuan Labuan (6); Negeri Sembilan (6) dan masing-masing satu kes di Putrajaya, Johor, Kelantan dan Sarawak,” katanya.