Monday, November 30, 2020

PKPD di Penjara Kepayan, Sabah mulai esok hingga 2 Nov

Pelaksanaan PKPD selama 14 hari itu melibatkan 3,511 individu merangkumi 2,914 banduan dan 597 kakitangan penjara.

Other News

Americans brace for Covid ‘surge upon surge’

This comes as millions of travellers return home after Thanksgiving and with more travel expected ahead of Christmas.

Of dogs and our perceptions of others

Will kindness as a behaviour which we exhibit in our relationships with other people suffice when the perception we have of them remains skewed?

Pembangkang menang Belanjawan 2021, kerajaan PN menang diiktiraf

Pembangkang kekal pembangkang, kerajaan kekal kerajaan.

Belanjawan 2021 mula dibahaskan peringkat jawatankuasa hari ini

Rang Undang-undang Perbekalan 2021 berkenaan diluluskan di peringkat dasar Khamis lepas dengan suara majoriti.

F1 safety systems praised as Frenchman survives fireball in ‘miracle’

Romain Grosjean managed to escape with only 'light burns' to his hands and ankles while his car split in two on impact and burst into flames.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Penjara Kepayan dan kuarters kakitangan penjara itu di Kampung Matambai, Kota Kinabalu, Sabah mulai esok hingga 2 November depan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD selama 14 hari itu melibatkan 3,511 individu merangkumi 2,914 banduan dan 597 kakitangan penjara.

Beliau berkata keputusan itu dibuat oleh Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini berikutan peningkatan kes Covid-19 di kawasan berkenaan.

“Bagi mengawal penularan di penjara serta kawasan kuarters kakitangan dan atas nasihat KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), pelaksanaan PKPD ini membolehkan pergerakan keluar masuk di kawasan tersebut dapat dikawal dan memudahkan pelaksanaan ujian saringan Covid-19 dilakukan.

“Bekalan keperluan makanan akan diagihkan oleh kerajaan negeri Sabah dan dikoordinasi Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Wisma Pertahanan, di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ismail menjelaskan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura tidak pernah dihalang untuk pulang ke tanah air, dan mereka perlu memohon MyTravelPass di laman sesawang rasmi Jabatan Imigresen Malaysia www.imi.gov.my.

Sementara itu, beliau berkata Pasukan Khas Operasi Pematuhan PKPP menahan 649 individu atas kesalahan ingkar PKPP, dengan 606 dikompaun dan 43 direman, semalam.

Mengulas lanjut bagi rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan tidak mahu pulang dengan menggunakan sistem Pengaturan Ulang Alik Berkala (PCA), mereka boleh terus ke pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar (BSI) atau Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor Baharu, kemudian menjalani kuarantin wajib 14 hari.

“Kebenaran adalah bagi Reciprocal Green Lane (RGL) (Laluan Hijau Timbal Balik) dan diumumkan sebelum ini oleh Kementerian Luar. Maklumat lanjut boleh dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia dan Kementerian Luar,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Pasukan Khas Operasi Pematuhan PKPP menahan 649 individu atas kesalahan ingkar PKPP, dengan 606 dikompaun dan 43 direman, semalam.

Ismail berkata tidak memakai pelitup muka adalah kesalahan tertinggi dicatatkan melibatkan 213 individu, diikuti penjarakan fizikal (151), aktiviti di pusat hiburan (75), gagal menyediakan peralatan atau merekodkan butiran diri (67) dan lain-lain kesalahan (143).

Mengenai Ops Benteng, beliau berkata seramai 92 pendatang tanpa izin ditahan, termasuk 26 ditangkap di Johor Bahru, Johor, manakala empat kenderaan dirampas semalam.

Sebanyak 262 sekatan jalan raya Ops Benteng turut dilakukan di seluruh negara, katanya.

Mengenai kuarantin wajib, Ismail berkata seramai 51,235 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 Julai sehingga semalam.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Top Glove diarah saring lebih 2,000 pekerja tinggal luar kawasan PKPD

Langkah itu bagi mengelak penularan wabak tersebut di kawasan komuniti.

Kerajaan timbang saring pekerja asing setiap dua minggu

Sekarang ini saringan kesihatan yang diwajibkan bagi pekerja asing di negeri-negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

PKPB ditamatkan di Johor, Terengganu, Melaka dan Kedah

PKPB diteruskan di beberapa daerah yang masih tinggi jangkitan Covid-19.

Kira-kira 3,550 pekerja Top Glove akan jalani saringan Covid-19

200 kakitangan pelbagai agensi akan bertugas sepanjang proses saringan tersebut.

Asrama pekerja Top Glove Klang dikenakan PKPD

Penguatkuasaan pelaksanaan itu bermula esok hingga 30 November.