Tuesday, October 20, 2020

Malaysia berjaya turunkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 hingga 1.5

Noor Hisham berkata, kawalan pergerakan harus diperketatkan dan menggesa rakyat terus duduk di rumah sekiranya tiada urusan penting.

Other News

Umno, PAS setuju Muafakat Nasional didaftar secara rasmi

Demi mengukuhkan perpaduan dan kerjasama sebagai persiapan berdepan PRU15.

Covid-19 jadikan ‘makcik-pakcik’ pakar perniagaan dalam talian

Makcik peniaga rendang di Facebook antara yang terkesan, terpaksa beralih daripada tradisional kepada digital.

No one speaks for us, DAP breaks silence amid Anwar-Zahid alliance

Lim Guan Eng says any stand by DAP will only come from him, the chairman or the deputy chairman.

Orang luar tak boleh cakap bagi pihak DAP, kata Guan Eng

Kenyataan tegas Lim Guan Eng ini menimbulkan lagi persoalan sama ada Anwar benar-benar mempunyai sokongan "kukuh dan meyakinkan".

Pandemic turns ‘auntie-uncle’ hawkers into e-commerce pros

Aunties hawking rendang on Facebook are among those who have in record time gone from digital indifference to social media entrepreneurs.

Malaysia berjaya menurunkan kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (R0) Covid-19 daripada 2.2 pada permulaan gelombang ketiga pada 20 September lepas kepada 1.3 hingga 1.5 sekarang.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini bermakna usaha yang diambil kerajaan setakat ini dapat mengelakkan peningkatan kes secara mendadak.

Bagaimanapun, Noor Hisham berkata jika dilihat kepada jumlah kes positif harian Covid-19 sejak beberapa hari lepas dan unjuran kes pada masa akan datang, pihaknya menjangkakan R0 kekal dalam lingkungan 1.5.

Beliau berkata oleh itu, dijangkakan kes harian Covid-19 masih meningkat namun bukanlah secara mendadak.

“Unjuran ini amat penting kerana ia menunjukkan bahawa masih terdapat ruang bagi kita berusaha mengawal situasi gelombang ketiga ini.

“Segala usaha di Kesihatan Awam di lapangan mesti diteruskan dan dilipatgandakan, kawalan pergerakan harus diperketatkan dan rakyat perlu membantu negara dengan duduk di rumah,” katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan di Putrajaya hari ini.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata nilai R0 merujuk kepada kebolehjangkitan sesuatu virus pada permulaan sesuatu wabak di dalam masyarakat, iaitu secara purata berapa ramai individu yang boleh dijangkiti kes positif atau hos virus tersebut.

“Segala usaha di Kesihatan Awam di lapangan mesti diteruskan dan dilipatgandakan, kawalan pergerakan harus diperketatkan dan rakyat perlu membantu negara dengan duduk di rumah,” katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata R0 boleh menurun jika langkah pencegahan yang tepat dijalankan secara berterusan bagi membendungnya.

“Menurunkan nilai R0 kepada kurang daripada 1 secara berterusan akan membantu mengakhiri sesuatu wabak,” katanya.

Sementara itu, Noor Hisham merayu agar semua pihak memainkan peranan masing-masing dalam usaha memerangi Covid-19 dengan duduk di rumah jika tiada urusan di luar dan mematuhi SOP ditetapkan sekiranya perlu keluar rumah.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Enforce quarantine to crush pandemic, says WHO

WHO says a lack of proper quarantine is 'a good part of the reason why we're seeing such high numbers'.

Agong can declare emergency if twin crises of politics, Covid-19 continue

But even if political and health emergencies are declared at the same time, businesses would be able to continue operating, with daily routines uninterrupted.

865 new cases, 643 in Sabah

Total confirmed cases shoot past 21,000 mark.

Kepayan prison in Kota Kinabalu to come under EMCO

The EMCO there will run from tomorrow until Nov 2.

Ex-contractor jailed 14 days, fined RM1,000 for flouting quarantine order

Md Syafrizan Salleh was told to self-quarantine for 14 days after returning from Sabah but left the centre to work and buy daily necessities.