- Iklan -
Berita

Selepas Khairy, Hishammuddin pula serang Zahid secara terbuka

Umno semakin retak apabila dua ahli Parlimen menyerang Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Hishammuddin Hussein dilantik sebagai bendahari BN yang baru.
Hishammuddin Hussein dilantik sebagai bendahari BN yang baru.

Keretakan Umno semakin ketara apabila seorang lagi ahli Parlimen parti Melayu terbesar itu menyelar tindakan presiden parti yang dilihat sebagai menyokong usaha Anwar Ibrahim untuk menggulingkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin.

Tidak berapa lama selepas Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencabar Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein pula mempersoalkan tindakan presiden Umno itu menyokong Anwar.

“Tetapi jika surat yang tular hari ini benar, saya tidak dimaklumkan dan ia BUKAN pendirian saya sebagai ahli Parlimen Umno,” katanya.

Hishammuddin yang juga bekas naib presiden Umno berkata, Zahid tidak mewakili dirinya dalam mempersembahkan sokongan ahli Parlimen kepada Anwar kepada Istana Negara.

“Saya mahu nyatakan dengan jelas, saya TIDAK sokong Anwar sebagai perdana menteri,” tulis menteri luar itu melalui akaun Twitter @hishammuddinH2O hari ini.

“Saya konsisten – NO ANWAR NO DAP”.

Kenyataan Hishammuddin itu dikeluarkan tidak berapa selepas Khairy yang melontarkan cabaran kepada Zahid sebentar tadi.

“Seperti @DrZahidHamidi sebut sebelum ini, beliau tidak boleh halang ahli Parlimen sokong Anwar.

“Tetapi jika surat yang tular hari ini benar, saya tidak dimaklumkan dan ia BUKAN pendirian saya sebagai ahli Parlimen Umno,” katanya.

Semalam MalaysiaNow mendedahkan mengenai sepucuk surat yang ditulis Zahid dan bekas perdana menteri Najib Razak kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sebelum Anwar ke Istana Negara.

Dalam surat yang bertarikh 11 Oktober itu ditujukan kepada Agong, kedua-dua pemimpin “terpalit rasuah” dan “sejumlah ahli Parlimen Umno” mengatakan menyokong Anwar dalam usaha mengambil alih Putrajaya.