- Iklan -
Berita

869 jangkitan baru Covid-19, angka tertinggi setakat ini

Kesemua kes jangkitan baru itu merupakan penularan tempatan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang anggota bomba melakukan sanitasi bagi mengekang penularan Covid-19. Gambar: Bernama
Seorang anggota bomba melakukan sanitasi bagi mengekang penularan Covid-19. Gambar: Bernama

Sebanyak 869 kes jangkitan baru Covid-19 dicatatkan hari ini menjadikan ia jumlah tertinggi dicatatkan sejak gelombang ketiga melanda negara.

Kesemua kes jangkitan baru itu merupakan penularan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 6,886 kes aktif sedang dirawat di Hospital, 91 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 30 memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Adalah dukacitanya dimaklumkan terdapat empat kes kematian baru dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 180,” kata Noor Hisham dalam sidang media hariannya.

Tambah beliau, jumlah kes sembuh sepenuhnya hari ini sebanyak 302 pesakit menjadikan jumlah keseluruhan 12,561 orang atau 64%.

Menyentuh mengenai kes kematian hari ini, beliau berkata, kes ke-177 merupakan kes 11,869, seorang lelaki berusia 78 tahun mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan buah pinggang kronik.

Mangsa menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth, Sabah.

“Kes ke-178 pula merupakan seorang lelaki berusia 88 tahun (kes 14,976), yang menerima rawatan hospital yang sama dengan kes ke-177.”

“Mangsa mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis, dislipidermia dan strok,” katanya.

Dua lagi kes kematian masing-masing menerima rawatan di Hospital Tawau dan Hospital Duchess of Kent, Sabah.

Kes kematian ke-179 merupakan seorang perempuan berusia 71 tahun manakala kes kematian ke-180 adalah seorang lelaki berusia 53 tahun.