- Iklan -
Berita

Rossi positif Covid-19

Beliau disahkan dijangkiti virus Covid-19 selepas menjalani ujian kedua petang Khamis lalu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pelumba berusia 41 tahun dari Itali itu juga berkemungkinan tidak dapat beraksi dalam Aragon Motorland pada 25 Oktober ini. Gambar:  AP
Pelumba berusia 41 tahun dari Itali itu juga berkemungkinan tidak dapat beraksi dalam Aragon Motorland pada 25 Oktober ini. Gambar: AP

Juara dunia tujuh kali kelas MotoGP Valentino Rossi diuji positif Covid-19 dan akan terlepas untuk beraksi dalam GP Aragon di Sepanyol hujung minggu ini.

Pelumba Yamaha itu yang baru-baru ini mengesahkan perpindahannya ke Petronas Yamaha Sepang Racing Team untuk musim seterusnya, disahkan positif dalam ujian ‘polymerase chain reaction’ (PCR) kedua pada Khamis.

Diberi jolokan ‘the Doctor’, pelumba berusia 41 tahun dari Itali itu juga berkemungkinan tidak dapat beraksi dalam Aragon Motorland pada 25 Oktober ini, menurut MotoGP dalam kenyataan.

Sementara itu, Rossi mengesahkan keputusan ujian itu kepada peminatnya menerusi media sosial.

“Malangnya, pagi (Khamis) ini saya bangun dan berasa tidak sihat… Tulang saya berasa sakit dan sedikit demam, jadi saya segera menghubungi doktor yang melakukan dua ujian ke atas saya. Keputusan ujian PCR adalah negatif, sama seperti ujian yang dilakukan pada Selasa.

“Tetapi, ujian kedua yang dihantar pada 4 petang ini adalah positif. Saya kecewa kerana akan terlepas perlumbaan di Aragon. Saya mahu bersikap optimistik dan yakin, tetapi saya jangka pusingan kedua di Aragon juga harus saya lupakan.

“Saya sedih dan marah kerana telah melakukan yang terbaik untuk menghormati protokol dan walaupun ujian pada Selasa adalah negatif, saya mengasingkan diri sejak tiba dari le Mans… Apa pun, saya tidak dapat lakukan apa-apa untuk mengubah keadaan. Saya akan mengikuti nasihat perubatan dan berharap cepat sembuh,” katanya.

Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.