Saturday, October 24, 2020

Penumpang pengangkutan awam turun 30% akibat PKPB

Jumlah penumpang harian perkhidmatan rel sebelum PKPB dianggarkan mencecah 800,000 sehari kini menurun kepada lebih 500,000 penumpang.

Other News

Zuraida minta Anwar cermin diri sendiri

Apa yang Anwar lakukan menimbulkan persoalan serius mengenai kebolehannya.

Zuraida tells Anwar to self-reflect, drop ‘petty ambition’

The former PKR women's chief says Anwar's lack of details on his claim of having majority support raises questions concerning his fitness for the job.

PM bertemu Agong lebih dua jam di Kuantan

Kenderaan yang membawa Muhyiddin meninggalkan istana kira-kira pukul 7.10 malam.

Tindakan diktator, kata Anwar kepada Muhyiddin

Darurat hanya dilakukan bila terdapat unsur ancaman pada keselamatan negara.

It’s dictatorship, says Anwar as health emergency looms

He accuses the government of 'resorting to undemocratic means to stay in power'.

Perkhidmatan pengangkutan awam di ibu kota mencatatkan penurunan jumlah penumpang harian lebih 30% berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang bermula Selasa.

Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Tajuddin Abdul Rahman berkata jumlah itu melibatkan perkhidmatan rel Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), monorel dan bas di bawah seliaannya.

Jumlah penumpang harian perkhidmatan rel sebelum PKPB yang dianggarkan mencecah 800,000 sehari kini menurun kepada lebih 500,000 penumpang manakala bas menurun kepada sekitar 200,000 penumpang sehari.

“Situasi ini dipengaruhi budaya bekerja dari rumah yang dilaksanakan ketika PKPB ini, dan kami percaya ia adalah untuk sementara waktu sahaja.

“Walaupun dalam situasi PKPB, Prasarana akan memastikan perkhidmatan pengangkutan awam ini akan beroperasi pada kekerapan normal terutama pada waktu puncak bagi kemudahan orang ramai,” katanya.

Tajuddin berkata demikian kepada pemberita hari ini selepas meluangkan masa lebih sejam meninjau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan penumpang dan pekerja ketika menaiki pengangkutan awam.

Tinjauan itu bermula dari stesen MRT Pusat Bandar Damansara hingga stesen LRT Masjid Jamek.

“Situasi ini dipengaruhi budaya bekerja dari rumah yang dilaksanakan ketika PKPB ini, dan kami percaya ia adalah untuk sementara waktu sahaja.

Beliau berkata pihaknya sentiasa memastikan kebersihan kenderaan dan stesen termasuk pemegang tangan, eskalator, lif dan mesin tiket bagi mencegah penularan Covid-19.

Antara SOP lain yang dipastikan ialah menyediakan cecair pembasmi kuman, membuat saringan suhu badan selain membuat pengumuman berterusan bagi mengingatkan pengguna menjaga jarak fizikal.

Tambahnya, pihaknya juga memastikan kakitangan di stesen sentiasa memakai pelitup muka, sarung tangan getah apabila perlu, serta mewajibkan pemeriksaan suhu badan sebelum memulakan tugas.

Beliau berkata perkhidmatan bas Rapid turut menggunakan aplikasi Google Map, Moovit, MyRapidBus Kiosk untuk membantu merancang perjalanan bagi mengelakkan pengguna menunggu terlampau lama di kawasan awam.

“Hanya kapten bas yang sihat dan lulus saringan dibenarkan memandu bas,” katanya.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

6 kluster baru Covid-19 dikesan hari ini

Kluster yang dikesan dilaporkan berlaku di Selangor, Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan dan Melaka.

Dilema pusat tuisyen akibat Covid-19, semakin banyak bakal gulung tikar

Pemilik sanggup menjual pusat tuisyen serendah RM7,000 kerana sudah tidak mampu meneruskan operasi.

Akibat Covid-19, sekolah swasta bagai telur di hujung tanduk

Ramai ibu bapa bertindak memindahkan anak mereka ke sekolah kerajaan kerana sudah tidak berkemampuan.

Lebih 700,000 kakitangan pengurusan, penyeliaan bekerja dari rumah mulai esok

Hanya 10% pekerja melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan dan ICT dibenarkan berada di pejabat.

30% pegawai pengurusan, pentadbiran dibenarkan kerja di pejabat

Arahan kehadiran bertugas itu adalah terkecuali kepada penyampaian perkhidmatan-perkhidmatan penting (essential services).