- Iklan -
Berita

Polis panggil Anwar ke Bukit Aman esok

Sehingga kini, sebanyak 113 laporan polis dibuat ke atas presiden PKR itu.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden PKR Anwar Ibrahim pada sidang media di Kuala Lumpur selepas mengadap Agong pada 13 Oktober.
Presiden PKR Anwar Ibrahim pada sidang media di Kuala Lumpur selepas mengadap Agong pada 13 Oktober.

Bukit Aman meminta Anwar Ibrahim supaya hadir memberi keterangan esok berhubung kes penyebaran senarai nama 121 ahli Parlimen yang didakwa menyokong presiden PKR itu untuk membentuk kerajaan baru.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed berkata sehingga kini mereka sudah menerima sebanyak 113 laporan polis berhubung isu itu.

“Siasatan diklasifikasikan di bawah seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” kata Huzir dalam satu kenyataan itu.

Sebelum ini polis menolak permintaan Anwar untuk disiasat dua jam sebelum mengadap Yang di-Pertuan Agong pada 13 Oktober dan akan memberikan tarikh lain.

Bagaimanapun, Istana Negara mengatakan ahli Parlimen Port Dickson itu tidak menyerahkan senarai nama ahli-ahli Parlimen bagi membuktikan dakwaannya.

Pada Selasa, Ahli Parlimen Port Dickson itu mengadap Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara bagi menyerahkan “dokumen sahih” mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat untuk menggulingkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, Istana Negara mengatakan ahli Parlimen Port Dickson itu tidak menyerahkan senarai nama ahli-ahli Parlimen bagi membuktikan dakwaannya.

Istana Negara juga menasihatkan Anwar agar mengikut Perlembagaan dan lunas undang-undang.

Pada 23 September lepas, beberapa hari sebelum Pilihan Raya Negeri Sabah, Anwar mengadakan sidang media mendakwa mendapat sokongan “kukuh dan meyakinkan” untuk menubuhkan kerajaan baru.