- Iklan -
Berita

589 kes baru Covid-19, 409 pesakit pulih hari ini

Sebanyak 586 merupakan penularan tempatan manakala 3 adalah kes import.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pasukan Bomba dan Penyelamat Putrajaya melakukan sanitasi awam di Pasar Awam Presint 8 hari ini.
Pasukan Bomba dan Penyelamat Putrajaya melakukan sanitasi awam di Pasar Awam Presint 8 hari ini.

Sebanyak 589 kes jangkitan baru Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes kumulatif 18,129.

Daripada jumlah kes itu sebanyak 586 merupakan penularan tempatan manakala 3 adalah kes import.

Sabah kekal mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi iaitu sebanyak 340 kes atau 51.6%.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes aktif dan kebolehjangkitan kini berjumlah 5,955 (32.79%) dengan 103 ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 31 memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Jumlah mereka yang sembuh dan dibenarkan pulang adalah 409,” kata Noor Hisham, sambil menambah kes sembuh sepenuhnya berjumlah 12,014,” katanya dalam sidang media harian.

Tiga kes kematian baru turut dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 170 orang atau 0.94%.

Katanya, kes harian Covid-19 di Selangor adalah sebanyak 150 kes, diikuti Perak (52); Kedah (31); Pulau Pinang (16); Negeri Sembilan (11); Kuala Lumpur (10); Wilayah Persekutuan Labuan (6); Sawarak (4); Melaka (2); Kelantan (2) dan Putrajaya (1).

Mengulas lanjut mengenai kes kematian hari ini, Noor Hisham berkata kes ke-168 melibatkan kes 12,170 merupakan seorang wanita berusia 54 tahun mempunyai penyakit darah tinggi, kecing manis, jantung dan kelenjar tiroid.

Mangsa dirawat di Hospital Queen Elizabeth, Sabah.

“Kes kematian ke-169 pula merupakan seorang lelaki berusia 68 tahun merupakan kes 15,303 dirawat di Hospital Tawau dan mempunyai masalah penyakit kencing manis,” katanya.

Kes kematian terakhir hari ini membabitkan seorang wanita wanita berusia 100 tahun dirawat di Hospital Duchess of Kent dan merupakan kes 13,844.