Friday, October 23, 2020

Kes rayuan Anwar berhubung sabitan liwat didengar Januari 2021

Kes berhubungan pengampunan penuh sabitan dan hukuman penjara dalam kes meliwat pembantunya, akan didengar oleh Mahkamah Rayuan pada 11 Januari depan.

Other News

Ismail Sabri ajak Hannah Yeoh bersama perangi Covid-19

Beliau berkata, pada ketika ini perbezaan politik harus diketepikan untuk memastikan penularan Covid-19 dihentikan.

Lebih 2,000 pelajar positif Covid-19

Kes positif itu direkodkan sejak Februari lalu sehingga semalam.

6 kluster baru Covid-19 dikesan hari ini

Kluster yang dikesan dilaporkan berlaku di Selangor, Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan dan Melaka.

Akta berkaitan perlindungan ketika Covid-19 berkuat kuasa esok

Warta Kerajaan akan berkuat kuasa 2 tahun dari tarikh penyiaran iaitu pada 23 Oktober.

HK regulator fines Goldman Sachs US$350 million over 1MDB

Goldman has accepted the findings, leading to an early resolution of the disciplinary action.

Rayuan Anwar Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonannya untuk membatalkan saman pemula seorang peguam berhubung pengampunan penuh yang diberikan kepada beliau bagi sabitan dan hukuman penjara dalam kes meliwat pembantunya, akan didengar oleh Mahkamah Rayuan pada 11 Januari tahun depan.

Peguamnya, J. Leela berkata tarikh itu ditetapkan semasa pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Noridah Adam yang dikendalikan secara dalam talian menerusi sistem e-Review hari ini.

“Rayuan Anwar Ibrahim akan didengar bersama-sama rayuan Lembaga Pengampunan,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Plaintif, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz diwakili peguam Mohamad Farhan Kamarudin.

Pada 21 September, Hakim Mahkamah Tinggi Akhtar Tahir menolak permohonan presiden PKR itu dan permohonan serupa daripada Lembaga Pengampunan selepas memutuskan bahawa, antara lain, plaintif mempunyai locus standi untuk memulakan saman tersebut kerana beliau adalah orang awam dan orang yang berkelayakan sebagai peguam.

Ahli Parlimen Port Dickson itu memfailkan permohonan tersebut pada 13 Mei lepas atas alasan bahawa, antara lain, Khairul Azam tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman pemula dan ia adalah remeh, memalukan serta penyalahgunaan proses mahkamah.

Mohd Khairul Azam, menerusi firma guaman Tetuan Raja Riza & Associates, menamakan Lembaga Pengampunan dan Anwar masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua dalam saman pemulanya yang difailkan pada 26 Februari tahun ini.

Peguam itu mendakwa pengampunan yang diberikan kepada Anwar oleh Yang di-Pertuan Agong adalah bercanggah dengan Perkara 42 (4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan berdasarkan fakta bahawa pengampunan yang diperkenan oleh Agong hendaklah atas nasihat Lembaga Pengampunan.

Mohd Khairul Azam mendakwa lembaga itu belum dibentuk secara rasmi selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 dan pembentukan kerajaan baharu.

Beliau juga mendakwa susulan pilihan raya itu, beberapa tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan telah diambil bagi memastikan Anwar mendapat pengampunan yang membawa kepada pembebasannya dari penjara.

Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan sabitan serta hukuman itu telah dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Muhyiddin meniti di jambatan rapuh?

Mampukah Muhyiddin membaiki jambatannya bagi menghadapi kemelut politik negara.

Pencemaran Sungai Selangor, seorang pengarah syarikat bersama tujuh lagi direman

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan ke atas kesemua suspek berusia antara 28 hingga 66 tahun oleh Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.

Anger, mutiny talk at 4-hour Umno meeting in KL forced Zahid’s U-turn

The Umno president's call for a political ceasefire followed a tense meeting to discuss his letter in support of Anwar.

Umno buat ‘pusingan U, Zahid kini gesa sokong PN

Sedangkan minggu lalu, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan mengatakan parti itu mempertimbangkan untuk menarik diri dari PN.

No one speaks for us, DAP breaks silence amid Anwar-Zahid alliance

Lim Guan Eng says any stand by DAP will only come from him, the chairman or the deputy chairman.