- Iklan -
Berita

Cristiano Ronaldo positif Covid-19

Ronaldo pemain ketiga Portugal yang dijangkiti Covid-19 selepas Jose Fonte dan Anthony Lopes.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Cristiano Ronaldo disahkan positif Covid-19. Gambar: AP
Cristiano Ronaldo disahkan positif Covid-19. Gambar: AP

Bintang bola sepak sensasi merangkap kapten pasukan kebangsaan Portugal, Cristiano Ronaldo disahkan positif Covid-19 sekali gus terlepas peluang untuk beraksi dalam perlawanan menentang Sweden pada Rabu, lapor agensi berita Xinhua.

“Cristiano Ronaldo dikeluarkan daripada pasukan kebangsaan selepas dijangkiti Covid-19. Pemain itu berada dalam keadaan baik tanpa gejala dan kini dikuarantin,” memetik laman web rasmi Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF) pada Selasa.

Ronaldo pemain ketiga Portugal yang dijangkiti Covid-19 selepas Jose Fonte dan Anthony Lopes.

Dalam perkembangan sama, agensi berta Xinhua turut melaporkan kes global Covid-19 sudah melepasi angka 38 juta pada Selasa.

Menurut data Universiti Johns Hopkins, jumlah kes global mencecah 38,006,121 dengan 1,083,875 kematian setakat 6.24 petang waktu tempatan.

Amerika Syarikat melaporkan 7,850,829 kes dan 215,775 kematian, kedua-duanya tertinggi di dunia.

India di tempat kedua dalam kes tertinggi dengan 7,175,880 kes dan Brazil ketiga sebanyak 5,103,408.

Bagaimanapun, Brazil berada di kedudukan kedua tertinggi untuk jumlah korban iaitu 150,689 orang.

Ketiga-tiga negara berkenaan menyumbang lebih separuh daripada keseluruhan kes global.