- Iklan -
Berita

Umno pertimbang tarik diri sokong PN, mahu perjanjian bertulis segera

Umno mahu Muafakat Nasional berdaftar sebagai gabungan politik yang sah.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Umno secretary-general Ahmad Maslan.
Umno secretary-general Ahmad Maslan.

Umno mempertimbangkan menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan menggesa satu perjanjian bertulis dilaksanakan secepat mungkin bagi meneruskan kerjasama politik gabungan itu.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan dalam satu kenyataan berkata parti itu juga akan mencadangkan Jawatankuasa Pemandu Muafakat Nasional (MN) didaftarkan sebagai identiti politik yang sah dengan kadar segera.

“Umno berpandangan bahawa kestabilan politik sangat penting dan pertumbuhan ekonomi mesti ditingkatkan,” kata ahli Parlimen Pontian itu dalam satu kenyataan selepas Mesyuarat Biro Politik Umno, malam tadi.

Perkembangan ini muncul selepas pemimpin-pemimpin parti dijangka mengadap Yang Di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam jangka masa terdekat.

Ini susulan dakwaan Presiden PKR Anwar Ibrahim beliau memiliki sokongan yang “kukuh dan menyakinkan” untuk membetuk kerajaan baru di Putrajaya.

Bagaimanapun, kenyataan Anwar bertentangan dengan Istana Negara apabila dikatakan pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu tidak mempersembahkan senarai ahli Parlimen yang menyokongnya kepada Agong.