Monday, November 29, 2021

Permohonan BPN 2.0 secara online ketika PKPB, PKPD

Permohonan secara online lebih digalakkan buat masa ini bagi memastikan rantaian penularan wabak Covid-19 dapat diputuskan.

Other News

Pemohon baharu Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 terutama di kawasan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) digalakkan membuat permohonan secara dalam talian.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan permohonan secara online lebih digalakkan buat masa ini bagi memastikan rantaian penularan wabak Covid-19 dapat diputuskan.

“Permohonan baharu boleh dibuat mulai 15 Oktober sehingga 15 November depan dan penerima BPN sedia ada tidak perlu mengemukakan permohonan semula sekiranya telah menerima bayaran sebelum ini,” katanya.

Pemohon baharu BPN 2.0 boleh merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi BPN di https://bpn.hasil.gov.my/  bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan tersebut.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 23 September lepas mengumumkan BPN 2.0 dengan jumlah bantuan yang akan disalurkan adalah RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40, RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang, RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40 dan RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang.

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat sebanyak dua kali iaitu pada hujung bulan ini dan pada Januari depan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles