- Iklan -
Berita

Bekalan air di Kuala Selangor pulih malam ini

Gangguan bekalan air berjadual bermula 9 pagi tadi dijangka pulih sepenuhnya pada 10 malam ini.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan oleh Air Selangor. Gambar: Facebook
Kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan oleh Air Selangor. Gambar: Facebook

Sebanyak 28 kawasan di wilayah Kuala Selangor yang mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 9 pagi tadi dijangka pulih sepenuhnya pada 10 malam ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia berikutan kerja penggantian injap di Loji Rawatan Air Sungai Sireh (LRA Sg Sireh) yang akan dilaksanakan pada pukul 6 petang ini.

“Bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna sejurus kerja-kerja tersebut selesai dilaksanakan,” menurut kenyataan itu.

Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti berikut:

Bagan Tengkorak
Jalan Ban Canai
Jalan Kunci Air Buang
Kampung Ampangan
Kampung Haji Razali
Kampung Melaka/ Kampung Kilat
Kampung Pinang
Kampung Seri Tiram Jaya
Kampung Sungai Burong 1 Parit 1-Parit 4
Kampung Sungai Kajang
Kampung Sungai Tengi Kiri (Pekan Tanjung Karang)
Kampung Tok Adam
Kampung Ulu Tiram
Lorong Bahagia
Parit 1 Sungai Burong
Seluruh kawasan Sawah Sempadan Blok A-Z
Sungai Burong Sawah Parit 1-Parit 4
Sungai Sireh Lorong 1-23
Taman Desa Jaya
Taman Kopema
Taman Radin Jaya
Taman Sri Bakti
Taman Sri Desa
Taman Sri Jaya
Taman Sri Setia
Taman Sri Tanjong
Taman Tanjung Karang/ Taman Ria Min/ Taman Ketam
Taman Wawasan

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com juga kesemua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.