Friday, October 16, 2020

Anwar tidak kemuka senarai nama ahli Parlimen, kata Istana

Anwar hanya memberitahu jumlah sokongan diterimanya.

Other News

‘Lebih baik musuh daripada pengkhianat’: Naratif baru dalam PKR, Amanah selepas plot Anwar gagal?

Ia juga untuk menarik DAP bersama mereka, kata bekas pembantu menteri daripada Amanah itu.

Adun Kunak positif Covid-19

Beliau disahkan positif selepas menjalani ujian saringan kali kedua semalam.

Solat Jumaat tak boleh melebihi 50 orang, kata menteri

Solat fardu pula terhad kepada 20 jemaah tertakluk kepada keluasan dewan solat masjid dan surau.

‘Better enemies than traitors’: Emerging narrative from PKR, Amanah after Anwar’s failed plot?

This is also to get DAP on their side, says a former aide to a minister from Amanah.

Polis tidak halang orang awam keluar lepas 12 tengah malam

Tetapi orang awam masih perlu mematuhi SOP dan selepas selesai urusan, terus balik ke rumah.

Anwar Ibrahim tidak mengemukakan senarai nama ahli-ahli Parlimen bagi membuktikan sokongan “kukuh dan meyakinkannya”, kata Istana Negara.

Istana Negara berkata, pada pertemuan selama 25 minit antara Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan presiden PKR itu, Anwar hanya menyatakan jumlah sokongan yang diperolehinya.

“Beliau tidak mengemukakan senarai nama ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan
dakwaan tersebut,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan petang ini.

“Sehubungan dengan itu, Sultan Abdullah menasihati Anwar Ibrahim untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan”.

Anwar pada sidang media hari ini, mengatakan sudah mempersembahkan dokumen “sahih” kepada Agong, membuktikan sokongan “kukuh dan meyakinkannya” untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Port Dickson itu juga berkata, dokumen itu membuktikan beliau disokong lebih 120 ahli Parlimen.

“Nanti senarai itu akan dikeluarkan dalam jangka masa terdekat,” kata Anwar pada sidang media di Hotel Meridien di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kenyataan itu, Agong turut menyatakan kegusaran berhubung penularan wabak Covid-19 sehingga menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terpaksa dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 14 Oktober hingga 27 Oktober.

“Agong menzahirkan kegusaran dan menasihati seluruh rakyat supaya bertenang serta berdisiplin menjaga kesihatan diri masing-masing dengan mematuhi ketetapan tatacara kebiasaan baru dan prosedur operasi standard (SOP).

“Sultan Abdullah menzahirkan keyakinan dan mengajak seluruh rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik bersatu padu dan bersatu hati memerangi penularan Covid-19 demi keselamatan bersama serta kesejahteraan negara,” kata kenyataan itu.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

‘Lebih baik musuh daripada pengkhianat’: Naratif baru dalam PKR, Amanah selepas plot Anwar gagal?

Ia juga untuk menarik DAP bersama mereka, kata bekas pembantu menteri daripada Amanah itu.

‘Better enemies than traitors’: Emerging narrative from PKR, Amanah after Anwar’s failed plot?

This is also to get DAP on their side, says a former aide to a minister from Amanah.

PAS berdiri belakang Muhyiddin, tak ikut langkah Umno

Fokus usaha tangani Covid-19 dan kesejahteraan rakyat dan bukannya kepentingan politik parti.

In snub to charter with Umno, PAS tells parties to rally behind PN

The Islamist party calls for uninterrupted support to enable the government to operate effectively.

Polis panggil Anwar ke Bukit Aman esok

Sehingga kini, sebanyak 113 laporan polis dibuat ke atas presiden PKR itu.