- Iklan -
Berita

660 kes baru Covid-19 hari ini, 350 pesakit pulih

Sabah mencatatkan sejumlah 443 kes jangkitan baru daripada 660 kes yang dilaporkan hari ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang peniaga di Pasar Borong Klang memakai pelitup muka bagi mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
Seorang peniaga di Pasar Borong Klang memakai pelitup muka bagi mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Sebanyak 660 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini dengan sejumlah besar dilaporkan berlaku di Sabah.

Sabah mencatatkan 443 kes baru hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata peningkatan ketara di Sabah disebabkan saringan yang dilakukan secara besar-besaran oleh pihak kementerian.

Katanya, Selangor turut mencatatkan peningkatan kes dengan 76 kes baru dilaporkan, diikuti Kedah (60); Pulau Pinang (23); Wilayah Persekutuan Labuan (19); Perak (16); Johor (10); Kuala Lumpur (10); Negeri Sembilan (2) dan Pahang (1).

“Daripada jumlah keseluruhan kes hari ini 658 merupakan jangkitan tempatan dan dua kes import,” katanya dalam sidang media hariannya.

Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan empat kes kematian baru menjadikan jumlah 163 orang manakala seramai 350 pesakit telah dibenarkan pulang selepas sembuh sepenuhnya.

Katanya kes aktif dengan kebolehjangkitan berjumlah 5,345 dengan 101 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi termasuk 32 memerlukan alat bantuan pernafasan.